My bookmarksSign up free
← Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 67

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 67

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 67 Tiada petisyen untuk menggulung Perbadanan

(1) Walau apa pun peruntukan Akta Syarikat 1965 atau mana-mana undang-undang lain, tiada seorang pun selain Menteri boleh mengemukakan petisyen bagi penggulungan Perbadanan atau melantik seorang penerima, penerima dan pengurus, pemegang amanah, penjaga, pencelah atau mengambil apa-apa prosiding yang serupa maksud atau kesannya sebagai suatu perkiraan atau prosiding likuidasi berkenaan dengan Perbadanan. (2) Perbadanan, pegawai atau pekerjanya tidak sekali-kali boleh dianggap bagi apa-apa maksud, atau diisytiharkan oleh mana-mana Mahkamah atau orang, sebagai menjalankan urusan Perbadanan dengan niat untuk menipu pemiutang atau telah melakukan apa-apa kesalahan disebabkan oleh hakikat bahawa Perbadanan sedang menjalankan perniagaan semasa ia tidak solven atau berkemungkinan menjadi tidak solven. (3) Tiada pegawai Perbadanan boleh dipertanggungkan atau didapati bersalah atas sesuatu kesalahan dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan subseksyen (2). (4) Tiada pegawai atau pekerja Perbadanan boleh hilang kelayakannya di bawah seksyen 130A Akta Syarikat 1965 atau dalam apa-apa cara sekalipun dihalang atau selainnya dilarang daripada memegang apa-apa jawatan, atau daripada diterima masuk ke dalam atau keanggotaan apa-apa badan profesional atau badan lain di bawah mana-mana undang-undang semata-mata kerana hakikat bahawa pegawai atau pekerja itu adalah seorang pegawai atau pekerja Perbadanan. (5) Seorang pegawai atau pekerja Perbadanan tidak boleh dianggap sebagai seorang yang tidak lagi layak dan patut semata-mata kerana hakikat bahawa pegawai atau pekerja itu adalah pegawai atau pekerja Perbadanan. (6) Bagi maksud seksyen ini— “pegawai”, berhubungan dengan Perbadanan, termasuklah seorang yang memegang jawatan sebagai seorang pengarah dengan apa jua nama disebut, seorang yang arahan atau petunjuknya lazim diikuti oleh anggota Lembaga, seorang pengarah ganti dan setiausaha Perbadanan; “pekerja” ertinya seorang yang digaji oleh Perbadanan.

Read this section in the full act →

Find Act 587 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next