(1) For the purposes of this section, “future services contract” means a contract for consumer services that will be provided on a continuing basis and as prescribed by the Minister from time to time.
(2) A consumer who cancels a future services contract may be charged by the supplier the following amount:
(a) five percent of the full contract price;
(b) the cost of any goods the consumer used or is keeping; or
(c) the portion of the full contract price representing services received by the consumer.
(3) Where the consumer has paid the supplier more money than the supplier is entitled to charge under paragraph (2)(a), (b) or (c), the supplier shall refund the extra payment or make a refund available, within fourteen days of cancellation.
(4) A cancellation of a future services contract shall take effect—
(a) at the time at which the cancellation is communicated to the supplier; or
(b) where it is not reasonably practicable to communicate with the supplier, at the time at which the consumer indicates to the supplier, by means which are reasonable in the circumstances, his intention to cancel the future services contract.
(5) Subject to subsection (6), a cancellation of the future services contract may be communicated by words or conduct or both which indicate the intention of the consumer to cancel the contract, and it shall not be necessary to use any particular form of words, as long as the intention to cancel is clear.
(6) Where it is reasonably practicable to communicate with the supplier, subsection (5) shall take effect subject to any express provision in the future services contract requiring notice of cancellation to be in writing.
Malay text (authoritative)
Kontrak perkhidmatan hadapan
(1) Bagi maksud seksyen ini, “kontrak perkhidmatan hadapan” ertinya suatu kontrak bagi perkhidmatan pengguna yang akan diadakan atas dasar berterusan dan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(2) Seseorang pengguna yang membatalkan suatu kontrak perkhidmatan hadapan boleh dikenakan amaun yang berikut oleh pembekal:
(a) lima peratus daripada harga penuh kontrak;
(b) kos bagi apa-apa barang yang digunakan atau disimpan oleh pengguna; atau
(c) bahagian harga penuh kontrak yang merupakan perkhidmatan yang diterima oleh pengguna.
(3) Jika pengguna telah membayar kepada pembekal wang lebih daripada yang pembekal berhak mengenakan di bawah perenggan (2)(a),
(b) atau (c) pembekal hendaklah membayar balik bayaran yang lebih itu atau membolehkan bayaran balik didapati, dalam masa empat belas hari dari pembatalan.
(4) Pembatalan sesuatu kontrak perkhidmatan hadapan hendaklah mula berkuasa—
(a) pada masa yang pembatalan itu dimaklumkan kepada pembekal; atau
(b) jika pembekal tidak dapat dihubungi dengan cara yang munasabah, pada masa pengguna menunjukkan kepada pembekal dengan cara yang munasabah dalam hal keadaan
itu tentang niatnya untuk membatalkan kontrak perkhidmatan hadapan itu.
(5) Tertakluk kepada subseksyen (6), pembatalan kontrak perkhidmatan hadapan boleh dimaklumkan dengan perkataan atau perlakuan atau kedua-duanya yang menunjukkan niat pengguna untuk membatalkan kontrak itu, dan tidaklah perlu untuk menggunakan apa-apa perkataan tertentu, selagi niat untuk membatalkan kontrak itu jelas.
(6) Jika pembekal dapat dihubungi dengan cara yang munasabah, subseksyen (5) hendaklah mula berkuat kuasa tertakluk kepada apa-apa peruntukan nyata dalam kontrak perkhidmatan hadapan itu yang menghendaki notis pembatalan dibuat secara bertulis.
Text as at 1 November 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).