(1) Subject to subsection (2), this Act shall apply in respect of all goods and services that are offered or supplied to one or more consumers in trade including any trade transaction conducted through electronic means.
(2) This Act shall not apply—
*
(a) to securities as defined in the Securities Industry Act 1983 [Act 280];
(b) to futures contracts as defined in the Futures Industry Act 1993 [Act 499];
(c) to contracts made before the date on which this Act comes into operation;
(d) in relation to land or interests in land except as may be expressly provided in this Act;
(e) to services provided by professionals who are regulated by any written law; and
(f) to healthcare services provided or to be provided by healthcare professionals or healthcare facilities.
(g) (Deleted by Act A1298).
(3) (Deleted by Act A1381).
(4) The application of this Act shall be supplemental in nature and without prejudice to any other law regulating contractual relations.
Malay text (authoritative)
Pemakaian
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Akta ini hendaklah terpakai berkenaan dengan semua barang dan perkhidmatan yang ditawarkan atau dibekalkan kepada seorang pengguna atau lebih secara
perdagangan termasuk apa-apa urus niaga perdagangan yang dijalankan melalui cara elektronik.
(2) Akta ini tidaklah terpakai—
(a) bagi sekuriti sebagaimana yang ditakrifkan dalam *Akta Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280];
(b) bagi kontrak niaga hadapan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 [Akta 499];
(c) bagi kontrak yang dibuat sebelum tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;
(d) berhubung dengan tanah atau kepentingan mengenai tanah kecuali sebagaimana yang diperuntukkan secara nyata dalam Akta ini;
(e) bagi perkhidmatan yang diadakan oleh ahli profesional yang dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis; dan
(f) bagi perkhidmatan jagaan kesihatan yang diadakan atau yang akan diadakan oleh profesional jagaan kesihatan atau oleh kemudahan jagaan kesihatan.
(g) (Dipotong oleh Akta A1298).
(3) (Dipotong oleh Akta A1381).
(4) Pemakaian Akta ini adalah bersifat tambahan dan tanpa menjejaskan apa-apa undang-undang lain yang mengawal selia hubungan kontrak.
*CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] yang mula berkuat kuasa pada 28 September 2007 kecuali Penggal 2 Bahagian VI yang mula berkuat kuasa pada 1 April 2010–lihat subseksyen 381(2) Akta 671, P.U. (B) 342/2007 dan P.U. (B) 143/2010.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).