Consumer Protection Act 1999 s 69
s 69 Extent of liability for loss or damage
(1) Where any damage is caused wholly or partly by a defect in a product, the liability of the person liable for the damage under section 68 shall not include the loss of or damage to—
(a) the defective product;
(b) the whole or any part of the product which comprises the defective product; or
(c) any property which at the time it is lost or damaged is not—
(i) of a description of property ordinarily intended for private use, occupation or consumption; and
(ii) intended by the person suffering the loss or damage mainly for his own private use, occupation or consumption.
(2) For the purposes of paragraph (1)(c), loss or damage to property shall be deemed to have occurred at the earliest time at which a person with an interest in the property has knowledge of the material facts about the loss or damage.
(3) For the purposes of subsection (2)—
(a) the material facts about any loss of or damage to any property are such facts about the loss or damage as would lead a reasonable person with an interest in the property to consider the loss or damage sufficiently serious to justify his instituting proceedings for damages against a defendant who does not dispute liability and is able to satisfy a judgment against him;
(b) a person’s knowledge includes knowledge which he may reasonably be expected to acquire—
(i) from facts observable or ascertainable by him; or
(ii) from facts ascertainable by him with the help of appropriate expert advice which it is reasonable for him to seek:
Provided that a person shall not be deemed to have knowledge of a fact ascertainable by him only with the help of expert advice unless he has failed to take all reasonable steps to obtain and where appropriate, to act on that advice.
Malay text (authoritative)
Takat liabiliti bagi kerugian atau kerosakan
(1) Jika apa-apa kerosakan disebabkan secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh kecacatan pada sesuatu keluaran, liabiliti orang yang menanggung liabiliti bagi kerosakan itu di bawah seksyen 68 tidaklah termasuk apa-apa kerugian atau kerosakan kepada—
(a) keluaran yang cacat itu;
(b) keseluruhan atau mana-mana bahagian keluaran itu yang mengandungi keluaran yang cacat itu; atau
(c) mana-mana harta yang pada masa harta itu hilang atau rosak bukanlah—
(i) harta daripada jenis yang lazimnya dimaksudkan bagi pemakaian, penghunian atau penggunaan persendirian; dan
(ii) dimaksudkan oleh orang yang mengalami kerugian atau kerosakan itu semata-mata bagi pemakaian, penghunian atau penggunaannya sendiri.
(2) Bagi maksud perenggan (1)(c), kerugian atau kerosakan harta hendaklah disifatkan telah berlaku pada waktu paling awal orang yang mempunyai kepentingan mengenai harta itu mempunyai pengetahuan tentang fakta matan mengenai kerugian atau kerosakan itu.
(3) Bagi maksud subseksyen (2)—
(a) fakta matan mengenai apa-apa kerugian atau kerosakan kepada apa-apa harta adalah apa-apa fakta mengenai kerugian atau kerosakan yang boleh menyebabkan seseorang yang munasabah yang mempunyai kepentingan
mengenai harta itu menganggap kerugian atau kerosakan itu cukup serius bagi mewajarkannya memulakan prosiding untuk mendapatkan ganti rugi terhadap seseorang defendan yang tidak mempertikaikan liabilitinya dan berupaya untuk memenuhi sesuatu penghakiman terhadapnya;
(b) pengetahuan seseorang termasuklah pengetahuan yang dia mungkin semunasabahnya dijangkakan akan memperolehnya—
(i) daripada fakta yang dapat dilihat atau dipastikan olehnya; atau
(ii) daripada fakta yang dapat dipastikan olehnya dengan bantuan nasihat pakar yang sesuai yang adalah munasabah untuk dia mendapatkannya:
Dengan syarat bahawa seseorang itu tidaklah boleh disifatkan mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu fakta yang dapat dipastikan olehnya hanya dengan bantuan nasihat pakar sahaja melainkan jika dia gagal untuk mengambil segala langkah yang munasabah untuk mendapatkan dan, jika bersesuaian, untuk bertindak atas nasihat itu.
Read this section in the full act → · Open Part X →
Find Act 599 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 November 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).