My bookmarksSign up free
← Consumer Protection Act 1999

Consumer Protection Act 1999 s 99

Consumer Protection Act 1999 s 99

s 99 Limitation of jurisdiction

(1) Except as expressly provided under this Act, the Tribunal shall have no jurisdiction in respect of any claim— (a) for the recovery of land, or any estate or interest in land; (b) in which the title to any land, or any estate or interest in land, or any franchise, is in question; (c) in which there is a dispute concerning— (i) the entitlement of any person under a will or settlement, or on any intestacy (including a partial intestacy); (ii) good will; (iii) any chose in action; or (iv) any trade secret or other intellectual property; (ca) which may be lodged by a consumer relating to aviation service as defined in the Malaysian Aviation Commission Act 2015 [Act 771]; (d) where any tribunal has been established by any other written law to hear and determine claims on the matter which is the subject matter of such claim. (2) The jurisdiction of the Tribunal shall be limited to a claim that is based on a cause of action which accrues within three years of the claim. (3) Nothing in this section shall be deemed to authorize the Tribunal to deal with a claim arising from personal injury or death. (4) For the purposes of subsection (1), “land” does not include fixtures.

Malay text (authoritative)

Pembatasan bidang kuasa

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata di bawah Akta ini, Tribunal tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa tuntutan— (a) bagi mendapatkan kembali tanah, atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah; (b) yang mempersoalkan hakmilik kepada mana-mana tanah, atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah, atau apa-apa francais; (c) yang mengandungi pertikaian mengenai— (i) hak mana-mana orang di bawah suatu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tidak berwasiat (termasuk kematian tidak berwasiat separa); (ii) nama baik; (iii) apa-apa hak dalam tindakan; atau (iv) apa-apa rahsia perdagangan atau harta intelek lain; (ca) yang boleh dikemukakan oleh pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771]; (d) apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan melalui mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu. (2) Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kausa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu. (3) Tiada apa-apa dalam seksyen ini disifatkan membenarkan Tribunal untuk mendengar suatu tuntutan yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian. (4) Bagi maksud subseksyen (1), “tanah” tidaklah termasuk lekapan.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 599 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next