Layout-Designs of Integrated Circuits Act 2000 s 26
Layout-Designs of Integrated Circuits Act 2000 s 26
Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.
s 26 Duty to inform right holder of use for public non-commercial purpose
(1) If an act is done under section 24 in relation to a protected layout-design, the Government or the person designated in writing by the Minister, as the case may be, shall—
(a) if the act had been done in situations of national emergency or other circumstances of extreme urgency, as soon as reasonably practicable, inform the right holder that the act has been done; or
(b) in any other case, inform the right holder promptly that the act has been done.
(2) The Government or the person designated in writing by the Minister, as the case may be, shall give to the right holder such information about the doing of the act as the right holder may require.
(3) Nothing in subsection (1) or (2) shall require the Government or the person designated in writing by the Minister, as the case may be, to inform the right holder or to disclose information to the right holder if doing so would or might reasonably be expected to prejudice the defence or security of Malaysia.
Malay text (authoritative)
Kewajipan untuk memberitahu pemegang hak mengenai penggunaan bagi maksud bukan perdagangan awam
(1) Jika sesuatu perbuatan dilakukan di bawah seksyen 24 berhubung dengan sesuatu reka bentuk susun atur terlindung, Kerajaan atau orang yang ditetapkan secara bertulis oleh Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah—
(a) jika perbuatan itu telah dilakukan dalam keadaan darurat negara atau hal keadaan lain yang memerlukan tindakan segera yang amat sangat, dengan secepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan, memberitahu pemegang hak bahawa perbuatan itu telah dilakukan; atau
(b) dalam mana-mana hal lain, memberitahu pemegang hak dengan segera bahawa perbuatan itu telah dilakukan.
(2) Kerajaan atau orang yang ditetapkan secara bertulis oleh Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberi pemegang hak apa-apa maklumat mengenai pelakuan perbuatan itu yang dikehendaki oleh pemegang hak itu.
(3) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) atau (2) boleh menghendaki Kerajaan atau orang yang ditetapkan secara bertulis oleh Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya memberitahu pemegang hak atau supaya menzahirkan maklumat kepada pemegang hak jika penzahiran sedemikian akan atau dengan semunasabahnya dijangkakan mungkin menjejaskan pertahanan atau keselamatan Malaysia. Pemegang hak berhak menerima saraan untuk penggunaan bagi maksud bukan perdagangan awam
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).