(1) Any person who submits false or misleading information in any application, report or other document for any purpose under this Act commits an offence and shall on conviction be liable—
(a) if such person is a body corporate, to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit, and for a second or subsequent offence to a fine not exceeding one million ringgit; or
(b) if such person is not a body corporate, to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both, and for a second or subsequent offence to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six years or both.
(2) Any person who—
(a) furnishes or causes to be furnished to any Assistant Controller or police officer not below the rank of Inspector any false or misleading particular, information or statement in respect of any matter which such officer requires to be given under this Act;
(b) refuses to answer or gives a false answer to any question put to him by any Assistant Controller or police officer not below the rank of Inspector for the purpose of obtaining any particulars, information or statement required to be given under this Act; or
(c) fails or refuses to produce any document as may be required by any Assistant Controller or police officer not below the rank of Inspector,
commits an offence.
(3) Where a person being a director, manager, secretary or other similar officer of a body corporate is guilty of an offence under subsection (1) by virtue of section 30, he shall on conviction be liable to the penalty provided for in paragraph (1)(b).
(4) Nothing in this section shall be construed as requiring a person to answer any question or to give any information if the answer or information would have a tendency to expose him to a criminal charge, penalty or forfeiture.
Malay text (authoritative)
Kesalahan berkenaan dengan maklumat
(1) Mana-mana orang yang mengemukakan maklumat yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa permohonan, laporan atau dokumen lain bagi apa-apa maksud di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a) jika orang itu merupakan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau
(b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi dua ratus dan lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang—
(a) memberikan atau menyebabkan supaya diberikan kepada mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor apa-apa butir, maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang dikehendaki oleh pegawai itu supaya diberikan di bawah Akta ini;
(b) enggan menjawab atau memberikan jawapan yang palsu kepada apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor bagi maksud mendapatkan apa-apa butir, maklumat atau pernyataan yang dikehendaki supaya diberikan di bawah Akta ini; atau
(c) gagal atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor,
melakukan suatu kesalahan.
(3) Jika mana-mana orang yang merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) oleh sebab seksyen 30, apabila disabitkan dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan dalam perenggan (1)(b).
(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghendaki seseorang supaya menjawab apa-apa soalan atau memberikan apa-apa maklumat jika jawapan atau maklumat itu berkecenderungan untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah, penalti atau pelucuthakan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).