Optical Discs Act 2000 s 34
s 34 Compounding of offences
(1) The Controller or a Deputy Controller or any person authorized in writing by the Controller may with the consent of the Public Prosecutor compound any offence under this Act which is prescribed to be a compoundable offence committed by any person by making a written offer to such person to compound the offence upon payment to the Controller or the Deputy Controller or any person authorized in writing by the Controller of an amount not exceeding fifty per centum of the amount of maximum fine for that offence within such time as may be specified in the offer.
(2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed, but before any prosecution for it has been instituted, and where the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or within such extended period as the Controller or a Deputy Controller or any person authorized in writing by the Controller may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time thereafter against the person to whom the offer was made.
(3) Where an offence has been compounded under subsection
(1)β
(a) no prosecution shall thereafter be instituted in respect of such offence against the person to whom the offer to compound was made; and
(b) any article, optical disc, thing, book or document seized in connection with such offence shall be released immediately, subject to such conditions as the Controller or Deputy Controller or any person authorized in writing by the Controller thinks fit to impose.
Malay text (authoritative)
Pengkompaunan kesalahan
(1) Pengawal atau seseorang Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal boleh dengan keizinan Pendakwa Raya mengkompaunkan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun yang dilakukan oleh mana-mana orang dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu kepada Pengawal atau Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal.
(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang boleh dibenarkan oleh Pengawal atau Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(3) Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1)β
(a) tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan
(b) apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan dengan segera, tertakluk kepada syarat-syarat yang difikirkan patut dikenakan oleh Pengawal atau Timbalan Pengawal atau orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal.
Read this section in the full act β Β· Open Part VI β
Find Act 606 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).