My bookmarksSign up free
← Optical Discs Act 2000

Optical Discs Act 2000 s 38

Optical Discs Act 2000 s 38

s 38 Search by warrant

(1) If it appears to a Magistrate, upon written information on oath and after such inquiry as he considers necessary, that there is reasonable cause to believe that an offence under this Act is being or has been committed on any premises, the Magistrate may issue a warrant authorizing any Assistant Controller or police officer not below the rank of Inspector named therein to enter the premises at any reasonable time by day or by night, with or without assistance and if need be by force. (2) An Assistant Controller or a police officer not below the rank of Inspector may, in the premises entered under subsection (1), search and seize any article, optical disc, thing, book or document, including computerized data, which contain or is reasonably believed to contain information as to any offence suspected to have been committed and is likely to disclose evidence of the commission of any offence under this Act. (3) An Assistant Controller or a police officer not below the rank of Inspector conducting a search under subsection (1) may, if in his opinion it is reasonably necessary to do so for the purpose of investigating into the offence, search any person who is in or on such premises but no female person shall be searched except by another female person. (4) An Assistant Controller or a police officer not below the rank of Inspector entering any premises by virtue of this section may take with him such other persons and such equipment as may appear to him necessary. (5) An Assistant Controller or a police officer not below the rank of Inspector shall, on leaving any premises, if the premises are unoccupied or the occupier is temporarily absent, leave the premises as effectively secured against trespassers as he found them. (6) An Assistant Controller or a police officer not below the rank of Inspector making a search of a person under subsection (3) may seize, detain or take possession of any article, optical disc, thing, book or document found on such person for the purpose of the investigation being carried out by such officer. (7) Where, by reason of its nature, size or amount, it is not practicable to remove any article, optical disc, thing, book or document, seized under this section, the seizing officer shall, by any means seal the article, optical disc, thing, book or document in the premises or container in which it is found. (8) A person who, without lawful authority, breaks, tampers with or damages the seal referred to in subsection (7) or removes any article, optical disc, thing, book or document under seal or attempts to do so commits an offence.

Malay text (authoritative)

Penggeledahan dengan waran

(1) Jika pada hemat seseorang Majistret berdasarkan maklumat bertulis yang diberikan dengan sumpah dan selepas siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang dinamakan di dalamnya untuk masuk ke dalam premis itu pada bila-bila masa yang munasabah pada siang atau malam hari, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan kekerasan. (2) Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor boleh, dalam premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), menggeledah dan menyita apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau dengan munasabahnya dipercayai mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan dan mungkin mendedahkan keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini. (3) Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, jika pada pendapatnya adalah dengan munasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu tetapi tiada seorang pun wanita boleh diperiksa kecuali oleh seorang wanita lain. (4) Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang memasuki mana-mana premis menurut kuasa seksyen ini boleh membawa bersamanya orang lain dan kelengkapan lain sebagaimana yang pada hematnya perlu. (5) Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor hendaklah, semasa meninggalkan premis itu, jika premis itu tidak berpenghuni atau penghuninya tiada pada masa itu, meninggalkan premis itu dalam keadaan yang selamat daripada penceroboh sebagaimana sebelum dia memasukinya. (6) Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang membuat pemeriksaan seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang dijumpai pada orang itu bagi maksud penyiasatan yang dijalankan oleh pegawai itu. (7) Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, tidaklah praktik untuk memindahkan apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu dalam premis atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai. (8) Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (7) atau memindahkan apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 606 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next