My bookmarksSign up free
← Optical Discs Act 2000

Optical Discs Act 2000 s 45

Optical Discs Act 2000 s 45

s 45 Statement to be admissible in evidence

(1) Where any person is charged with an offence under this Act, any statement, whether the statement amounts to a confession or not or is oral or in writing, made at any time, whether before or after the person is charged and whether in the course of an investigation under this Act or not and whether or not wholly or partly in answer to questions, by that person to or in the hearing of an Assistant Controller or a police officer not below the rank of Inspector and whether or not interpreted to him by another Assistant Controller or police officer or other person shall, notwithstanding any other written law to the contrary, be admissible in evidence at his trial and, if the person charged tenders himself as a witness, any such statement may be used in cross-examination and for the purpose of impeaching his credit. (2) The statement referred to in subsection (1)— (a) shall not be admissible or used under that subsection— (i) if the making of the statement appears to the court to have been caused by any inducement, threat or promise having reference to the charge proceeding from a person in authority and sufficient in the opinion of the court to give the person charged grounds which would appear to him reasonable for supposing that by making it he would gain any advantage or avoid any evil of a temporal nature in reference to the proceeding against him; or (ii) in the case of a statement made by the person after his arrest, unless the court is satisfied that a caution was administered to him in the following words or words to the like effect: “It is my duty to warn you that you are not obliged to say anything or to answer any question, but anything you say, whether in answer to a question or not, may be given in evidence.”; and (b) if made by any person before there is time to caution him, shall not be rendered inadmissible in evidence merely by reason of no such caution having been administered if it has been administered as soon as possible. (3) Notwithstanding anything to the contrary contained in any written law, a person in respect of whom subsection (1) applies shall not be bound to answer any question relating to the case after a caution under subsection (2) has been administered to him.

Malay text (authoritative)

Pernyataan boleh diterima sebagai keterangan

(1) Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada atau tidak semasa penyiasatan di bawah Akta ini dan sama ada atau tidak keseluruhannya atau sebahagiannya pada menjawab soalan, oleh orang itu kepada atau dengan didengar oleh seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis lain atau orang lain, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya dan, jika orang yang dipertuduh itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, mana-mana pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya. (2) Pernyataan yang disebut dalam subseksyen (1)— (a) tidak boleh diterima atau digunakan di bawah subseksyen itu— (i) jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah itu untuk memberi orang yang dipertuduh itu alasan yang pada pendapatnya adalah munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya itu; atau (ii) dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa suatu amaran telah diberikan kepadanya dalam perkataan yang berikut atau perkataan yang serupa maksudnya: “Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidaklah diwajibkan menyatakan sesuatu atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu nyatakan, sama ada pada menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan.”; dan (b) jika dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk dia diberi amaran, tidak boleh dijadikan tidak boleh diterima sebagai keterangan hanya atas sebab tidak ada amaran diberikan jika amaran itu telah diberikan dengan secepat mungkin. (3) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah diwajibkan menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan kes itu selepas amaran di bawah subseksyen (2) telah diberikan kepadanya.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 606 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next