s 46 Forfeiture of articles, etc.
(1) All articles, optical discs, things, books or documents seized in the exercise of any power conferred under this Act shall be liable to forfeiture.
(2) The court trying any person accused of an offence under this Act may at the conclusion of the trial, whether he is convicted or not, order that the articles, optical discs, things, books or documents seized from that person be destroyed or, in the case of infringing copies, be delivered up to the first owner of the copyright in question, or his assignee or exclusive licensee, as the case may be.
(3) Where there is no prosecution with regard to any article, optical disc, thing, book or document seized in exercise of any powers conferred under this Act, the article, optical disc, thing, book or document shall be taken and deemed to be forfeited at the expiration of one calendar month from the date it was seized unless a claim thereto is made before that date in the manner set out in subsections (4), (5) and (6).
(4) Any person asserting that he is the owner of any article, optical disc, thing, book or document seized under this Act and that the article, optical disc, thing, book or document is not liable to forfeiture may personally or by his agent authorized in writing by him give written notice to an Assistant Controller of his claim.
(5) On receipt of a notice under subsection (4), the Assistant Controller shall refer the notice to the Controller who may, after such enquiry as may be necessary, direct that such article, optical disc, thing, book or document be released or forfeited or refer the matter to the Court of a First Class Magistrate for decision.
(6) The court to which the matter is referred shall issue a summons requiring the person asserting that he is the owner of the article, optical disc, thing, book or document and the person from whom it was seized to appear before the court and upon their appearance or default to appear, due service of the summons being proved, the court shall proceed to the examination of the matter, and on proof that an offence under this Act has been committed and that such article, optical disc, thing, book or document, was the subject matter or was used in the commission of such offence, shall order the article, optical disc, thing, book or document to be forfeited or may, in the absence of such proof, order the release of such article, optical disc, thing, book or document to the person entitled to it.
(7) Any article, optical disc, thing, book or document forfeited or deemed to be forfeited shall be delivered to the Controller who shall dispose of it in a manner he deems fit.
Malay text (authoritative)
Pelucuthakan barang, dsb.
(1) Segala barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
(2) Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dipertuduh melakukan kesalahan di bawah Akta ini boleh pada akhir perbicaraan itu, sama ada orang itu didapati bersalah atau tidak, memerintahkan supaya barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita daripada orang itu dimusnahkan atau dalam hal salinan langgaran, dihantar kepada tuan punya pertama hak cipta yang berkenaan atau pemegang serah hak atau pemegang lesen eksklusifnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang telah disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan terhadapnya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).
(4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dialah tuan punya mana-mana barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita di bawah Akta ini dan bahawa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada Penolong Pengawal mengenai tuntutannya itu.
(5) Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, Penolong Pengawal hendaklah merujukkan perkara itu kepada Pengawal yang boleh, selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu, mengarahkan supaya barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau merujukkan perkara itu kepada Mahkamah Majistret Kelas Pertama bagi mendapatkan keputusan.
(6) Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah tuan punya barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu dan orang yang daripadanya ia disita, hadir di hadapan mahkamah itu, dan apabila mereka hadir atau mereka tidak hadir,
tetapi penyampaian saman dengan sewajarnya telah dibuktikan, mahkamah itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya barang, cakera optik benda, buku atau dokumen itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan barang, cakera optik, buku atau dokumen itu kepada orang yang berhak kepadanya.
(7) Apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang dilucuthakkan atau yang disifatkan dilucuthakkan hendaklah dihantarserahkan kepada Pengawal yang hendaklah melupuskannya mengikut cara yang difikirkannya sesuai.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).