Perbadanan Labuan Act 2001 s 13
s 13 The Fund
(1) A fund to be known as the “Perbadanan Labuan Fund” to be administered and controlled by the Perbadanan is established.
(2) The Fund shall consist of—
(a) such sums as may be provided from time to time for the purposes of this Act by Parliament;
(b) such sums as may be paid from time to time to the Perbadanan from loans made by the Perbadanan;
(c) moneys earned by the operation of any project, scheme or enterprise financed from the Fund;
(d) moneys earned or arising from any property, investment, mortgage, charge or debenture acquired by or vested in the Perbadanan;
(e) any property, investment, mortgage, charge or debenture acquired by or vested in the Perbadanan;
(f) sums borrowed by the Perbadanan for the purposes of meeting any of its obligations or discharging any of its duties; and
(g) all other sums or property, other than sums mentioned in subsection 17(2), which may in any manner become payable to or vested in the Perbadanan in respect of any matter incidental to its functions, powers and duties.
Malay text (authoritative)
Kumpulan Wang
(1) Suatu kumpulan wang yang hendaklah dikenali sebagai “Kumpulan Wang Perbadanan Labuan” yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Perbadanan adalah ditubuhkan.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;
(b) apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Perbadanan daripada pinjaman yang diberikan oleh Perbadanan;
(c) wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
(d) wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Perbadanan;
(e) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Perbadanan;
(f) jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan bagi maksud memenuhi apa-apa obligasinya atau menunaikan manamana kewajipannya; dan
(g) segala jumlah wang atau harta lain, selain wang yang disebut dalam subseksyen 17(2), yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 609 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).