Perbadanan Labuan Act 2001 s 36
s 36 Membership of dissolved Lembaga and dissolved Council
(1) Notwithstanding anything to the contrary, the persons who held office immediately before the appointed day as members of the dissolved Lembaga and the dissolved Council and members of any committee appointed under the revoked Instrument shall cease to hold office on the appointed day.
(2) Nothing in subsection (1) shall affect the accountability of the outgoing members of the dissolved Lembaga and the dissolved Council.
(3) As soon as practicable after the appointed day, the dissolved Lembaga and the dissolved Council shall prepare and submit to the Minister the reports, including the financial statements, required under the repealed Act or the Local Government Ordinance of Sabah for the period from 1 January of the relevant year to the day before the appointed day.
(4) Notwithstanding section 32, the dissolved Lembaga and the dissolved Council shall be deemed to continue to exist for the purposes of subsections (2) and (3).
Malay text (authoritative)
Keanggotaan Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan
(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan, orang yang memegang jawatan sebaik sebelum hari yang ditetapkan sebagai anggota Lembaga yang dibubarkan dan Majlis
yang dibubarkan dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Surat Cara yang dibatalkan hendaklah terhenti memegang jawatan pada hari yang ditetapkan.
(2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan yang terhenti memegang jawatan.
(3) Dengan seberapa cepat yang dapat dilaksanakan selepas hari yang ditetapkan, Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Menteri laporan, termasuk penyata kewangan, yang dikehendaki di bawah Akta yang dimansuhkan atau Ordinan Kerajaan Tempatan Sabah bagi tempoh dari 1 Januari tahun yang berkenaan hingga hari sebelum hari yang ditetapkan.
(4) Walau apa pun seksyen 32, Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan hendaklah disifatkan terus wujud bagi maksud subseksyen (2) dan (3).
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 609 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).