My bookmarksSign up free
← Perbadanan Labuan Act 2001

Perbadanan Labuan Act 2001 s 38

Perbadanan Labuan Act 2001 s 38

s 38 Continuance of pending applications, etc.

(1) All applications, approvals or decisions, on appeal or otherwise, pending before the dissolved Lembaga or the dissolved Council immediately before the appointed day shall on the appointed day be dealt with by the Perbadanan under this Act and the relevant laws. (2) All instruments, certificates or documents lodged with the dissolved Lembaga or the dissolved Council before the appointed day shall on the appointed day be deemed to have been lodged with the Perbadanan and shall continue to be lodged with the Perbadanan. (3) Any proceedings, whether civil or criminal, or cause of action pending or existing before the appointed day by or against the dissolved Lembaga or the dissolved Council or any person acting on behalf of the dissolved Lembaga or the dissolved Council may be continued or instituted by or against the Perbadanan as it might have been by or against the dissolved Lembaga, the dissolved Council or such person if this Act had not been enacted. (4) Any appeal brought or any leave to appeal applied for on or after the appointed day against a decision given before that day in any legal proceedings to which the dissolved Lembaga or the dissolved Council was a party may be brought or applied for by or against the Perbadanan.

Malay text (authoritative)

Penerusan permohonan, dsb., yang belum selesai

(1) Segala permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan hendaklah pada hari yang ditetapkan diuruskan oleh Perbadanan di bawah Akta ini dan undang-undang yang berkaitan. (2) Segala surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan sebelum hari yang ditetapkan hendaklah pada hari yang ditetapkan disifatkan telah diserah simpan dengan Perbadanan dan hendaklah terus disimpan dengan Perbadanan. (3) Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum hari yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga yang dibubarkan, Majlis yang dibubarkan atau orang sedemikian jika Akta ini tidak diperbuat. (4) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas hari yang ditetapkan terhadap keputusan yang diberikan sebelum hari itu dalam apaapa prosiding undang-undang yang kepadanya Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan menjadi pihak bolehlah dibawa atau dipohon oleh atau terhadap Perbadanan.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 609 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next