LawPlayer
My bookmarks
← Perbadanan Labuan Act 2001

Perbadanan Labuan Act 2001 s 4

Perbadanan Labuan Act 2001 s 4

Act no.
Act 609
Text as at
Status
In force
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Perbadanan Labuan Act 2001 [Act 609], s 4

s 4 Functions and powers of the Perbadanan

(1) The functions of the Perbadanan shall be— (a) to promote and stimulate the Federal Territory of Labuan as a tourist destination, duty free area and trade centre; Perbadanan Labuan  (b) to promote, stimulate, facilitate and undertake economic and social development in the Federal Territory of Labuan; (c) to promote, stimulate and undertake the development of art, culture, sport and recreational activities in the Federal Territory of Labuan; (d) to promote, stimulate, facilitate and undertake the development of tourism and infrastructure as well as residential, agricultural, industrial and commercial development in the Federal Territory of Labuan; (e) to perform all functions of a local government in the Federal Territory of Labuan; (f) to perform all functions of a local planning authority in the Federal Territory of Labuan; (g) to control and co-ordinate the performance of the activities mentioned in paragraphs (a), (b), (c) and (d) in the Federal Territory of Labuan; and (h) to co-ordinate the performance of the activities carried out by Government agencies in the Federal Territory of Labuan. (2) The Perbadanan shall have power to do all things expedient or reasonably necessary for, or incidental to, the performance of its functions, and in particular, but without prejudice to the generality of the foregoing— (a) to carry on all activities, particularly activities which are commercial or industrial in nature, activities relating to tourism and activities of research and training, the carrying on whereof appears to it to be requisite, advantageous or convenient for or in connection with the performance of its functions; (b) to initiate preliminary studies of possible development and redevelopment areas and make preliminary plans outlining development or redevelopment activities and preliminary surveys to determine if the undertaking and carrying out of development or redevelopment projects are feasible; (c) to regulate, approve or control all buildings and building operations and the repair and removal of ruinous and dangerous buildings, including the power to prohibit, close and demolish the erection of a building of a particular class, design or appearance in the Federal Territory of Labuan; (d) to co-operate with or act as agent or managing agent of, or otherwise act in association with or on behalf of, the Federal Government, any public authority, any company or corporation, or any other body or person; (e) to promote and co-ordinate the carrying on of the activities mentioned in paragraphs (a) and (b) by the Federal Government, any public authority, any company or corporation, or anybody or person; (f) with the approval of the Minister, to establish or expand, or promote the establishment or expansion of, companies, corporations or other bodies to carry on any of the activities mentioned in paragraphs (a) and (b) either under the control or partial control of the Perbadanan or independently; (g) to give assistance to any public authority, any company or corporation, or any other body or person appearing to the Perbadanan to have facilities for the carrying on of any of the activities mentioned in paragraphs (a) and (b), including, with the approval of the Minister, financial assistance by the taking up of share or loan capital or by loan or otherwise; (h) with the approval of the Minister, to underwrite or otherwise acquire any stock and shares in any public or private company, and to dispose of the stock or shares on such terms and conditions as the Perbadanan may, with the approval of the Minister, determine; (i) to require the Federal Government, any public authority, any company or corporation, or any body or person to obtain the prior approval of the Perbadanan before carrying out development in the Federal Territory of Labuan; (j) with the approval of the Minister, to dispose of capital assets and to use the proceeds from such disposal as directed by the Minister; (k) to appoint such agents as it may deem fit for the purpose of performing its functions; (l) to impose fees or any other charges it deems fit for giving effect to any of its functions or powers; (m) to regulate, co-ordinate and undertake development, including the development of infrastructure, in the Federal Territory of Labuan; (n) to value and collect property assessment tax; and (o) to do such other things as it deems fit to enable it to carry out its functionsand powers effectively. (3) Subject to section 7, it shall be the responsibility of the Perbadanan in performing its functions under this Act to ensure that the functions are performed in such manner as shall be in furtherance of the policy of the Federal Government for the time being in force and in particular the policy relating to the development of investment and tourism in the Federal Territory of Labuan.

Malay text (authoritative)

Fungsi dan kuasa Perbadanan

(1) Fungsi-fungsi Perbadanan ialah— (a) memajukan dan merangsang Wilayah Persekutuan Labuan sebagai destinasi pelancongan, kawasan bebas duti dan pusat perdagangan; (b) memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Wilayah Persekutuan Labuan; (c) memajukan, merangsang dan mengusahakan perkembangan kesenian, kebudayaan, sukan dan aktiviti rekreasi dalam Wilayah Persekutuan Labuan; (d) memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan pelancongan dan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Wilayah Persekutuan Labuan; (e) melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan; (f) melaksanakan segala fungsi pihak berkuasa perancang tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan; (g) mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d) dalam Wilayah Persekutuan Labuan; dan (h) menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh agensi Kerajaan dalam Wilayah Persekutuan Labuan. (2) Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu— (a) untuk menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti yang bersifat komersial atau perindustrian, aktiviti yang berhubungan dengan pelancongan dan aktiviti penyelidikan dan latihan, yang penjalanannya didapati oleh Perbadanan adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya; (b) untuk mendayausahakan kajian-kajian permulaan mengenai kawasan-kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan-rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek-projek pembangunan atau pembangunan semula dapat dilaksanakan; (c) untuk mengawal selia, meluluskan atau mengawal segala bangunan dan pengendalian bangunan dan pembaikan serta penghapusan bangunan-bangunan puing dan berbahaya, termasuk kuasa untuk melarang, menutup serta merobohkan binaan bangunan daripada sesuatu kelas, reka bentuk atau rupa tertentu dalam Wilayah Persekutuan Labuan; (d) untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus bagi, atau bertindak dengan apa-apa cara lain bersama dengan atau bagi pihak, Kerajaan Persekutuan, mana-mana pihak berkuasa awam, manamana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain; (e) untuk memajukan dan menyelaraskan penjalanan aktivitiaktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) oleh Kerajaan Persekutuan, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang; (f) dengan kelulusan Menteri, untuk menubuhkan atau memperkembang, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan atau badan-badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Perbadanan atau secara bebas; (g) untuk memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain yang didapati oleh Perbadanan mempunyai kemudahan-kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan (b), termasuk, dengan kelulusan Menteri, bantuan kewangan melalui pengambilan modal syer atau pinjaman atau melalui pinjaman atau selainnya; (h) dengan kelulusan Menteri, untuk menaja jamin atau dengan apa-apa cara lain memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskan saham atau syer itu mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan dengan kelulusan Menteri; (i) untuk menghendaki Kerajaan Persekutuan, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang untuk mendapatkan kelulusan Perbadanan terlebih dahulu sebelum menjalankan pembangunan dalam Wilayah Persekutuan Labuan; (j) dengan kelulusan Menteri, untuk melupuskan aset modal dan menggunakan hasil daripada pelupusan itu sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; (k) untuk melantik ejen yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsinya; (l) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya; (m) untuk mengawal selia, menyelaraskan dan mengusahakan pembangunan, termasuk pembangunan infrastruktur, dalam Wilayah Persekutuan Labuan; (n) untuk membuat penilaian dan pengutipan cukai taksiran harta; dan (o) untuk melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan. (3) Tertakluk kepada seksyen 7, adalah menjadi tanggungjawab Perbadanan dalam melaksanakan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi-fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan Persekutuan yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan pembangunan pelaburan dan pelancongan dalam Wilayah Persekutuan Labuan.

Read this section in the full act → · Open Part II →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Perbadanan Labuan Act 2001, s 4 is headed “Functions and powers of the Perbadanan” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Perbadanan Labuan Act 2001, s 4 begins “(1) The functions of the Perbadanan shall be: (a) to promote and stimulate the Federal Territory of Labuan as a tourist destination, duty…”.
Location
Perbadanan Labuan Act 2001, s 4 is placed under “Part II: THE PERBADANAN”.
Version
The text of Perbadanan Labuan Act 2001 on LawPlayer follows the version published by Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) as at 1 January 2006.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Perbadanan Labuan Act 2001, s 4 is s 3.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Perbadanan Labuan Act 2001, s 4 is s 5.
Synced
LawPlayer last synced the text of Perbadanan Labuan Act 2001 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Perbadanan Labuan Act 2001, s 4 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

LawPlayer is a privately run legal research website for reading Malaysian federal Acts section by section, built for lawyers, in-house counsel and students who need to check the statutory text quickly.Malaysian law entry

What to look at next