Perbadanan Labuan Act 2001 s 5
s 5 Membership of the Perbadanan
(1) The Perbadanan shall consist of the following members who shall be appointed by the Minister:
(a) a Chairman;
(b) a Deputy Chairman; and
(c) four other members.
(2) The Minister may, in respect of each member appointed under paragraph (1)(c) appoint an alternate member to attend, in place of that member, meetings of the Perbadanan when the member is for any reason unable to attend.
(3) When attending meetings of the Perbadanan, an alternate member shall for all purposes be deemed to be a member of the Perbadanan.
(4) An alternate member shall, unless he sooner resigns his membership or his appointment is sooner revoked, cease to be an alternate member when the member in respect of whom he is an alternate ceases to be a member of the Perbadanan.
(5) The provisions of the First Schedule shall apply to the Perbadanan.
Malay text (authoritative)
Keanggotaan Perbadanan
(1) Perbadanan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a) seorang Pengerusi;
(b) seorang Timbalan Pengerusi; dan
(c) empat orang anggota lain.
(2) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(c), melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Perbadanan sebagai ganti anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab.
(3) Apabila menghadiri mesyuarat Perbadanan, seorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Perbadanan.
(4) Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Perbadanan.
(5) Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Perbadanan.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 609 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).