My bookmarksSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 23

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 23

s 23 Currency reporting at border

(1) A person leaving or entering Malaysia with an amount in cash, negotiable bearer instruments or both, exceeding such value as the competent authority may prescribe by order published in the Gazette, shall declare to the competent authority such amount in such form as the competent authority may specify. (2) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. (3) Notwithstanding the Exchange Control Act 1953 [Act 17] and the Central Bank of Malaysia Act 1958, the Controller of Foreign Exchange shall have authority to submit to the competent authority information received under section 24 or 25 of the Exchange Control Act 1953. (4) Any declaration required to be made or given under subsection (1) shall for the purposes of the Customs Act 1967 [Act 235] be deemed to be a declaration in a matter relating to customs.

Malay text (authoritative)

Laporan mata wang di sempadan

(1) Seseorang yang meninggalkan atau memasuki Malaysia dengan suatu amaun wang tunai atau instrumen pembawa boleh niaga atau kedua-duanya, yang melebihi apa-apa jumlah yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, hendaklah mengisytiharkan kepada pihak berkuasa berwibawa itu apa-apa amaun dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa itu. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (3) Walau apa pun Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] dan Akta Bank Negara Malaysia 1958, Pengawal Pertukaran Mata Wang Asing hendaklah mempunyai kuasa untuk mengemukakan kepada pihak berkuasa berwibawa maklumat yang diterima di bawah seksyen 24 atau 25 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953. (4) Apa-apa perisytiharan yang perlu dibuat atau diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah bagi maksud Akta Kastam 1967 [Akta 235] disifatkan sebagai suatu perisytiharan dalam suatu perkara berhubung dengan kastam.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 613 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next