Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 24
Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 24
s 24 Protection of persons reporting
(1) No civil, criminal or disciplinary proceedings shall be brought against a person who—
(a) discloses or supplies any information in any report made under this Part; or
(b) supplies any information in connection with such a report, whether at the time the report is made or afterwards;
in respect of—
(aa) the disclosure or supply, or the manner of the disclosure or supply, by that person, of the information referred to in paragraph (a) or (b); or
(bb) any consequences that follow from the disclosure or supply of that information, unless the information was disclosed or supplied in bad faith.
(2) In proceedings against any person for an offence under this Part, it shall be a defence for that person to show that he took all reasonable steps and exercised all due diligence to avoid committing the offence.
Malay text (authoritative)
Perlindungan bagi orang yang membuat laporan
(1) Tiada prosiding sivil, jenayah atau tatatertib boleh dibawa terhadap seseorang yang—
(a) menzahirkan atau membekalkan apa-apa maklumat dalam apa-apa laporan yang dibuat di bawah Bahagian ini; atau
(b) membekalkan apa-apa maklumat berkaitan dengan laporan sedemikian, sama ada pada masa laporan itu dibuat atau selepasnya;
berkenaan dengan—
(aa) penzahiran atau pembekalan, atau cara penzahiran atau pembekalan, oleh orang itu, maklumat yang disebut dalam perenggan (a) atau (b); atau
(bb) apa-apa akibat berikutan daripada penzahiran atau pembekalan maklumat itu,
melainkan jika maklumat itu telah dizahirkan atau dibekalkan dengan niat jahat.
(2) Dalam prosiding terhadap mana-mana orang bagi suatu kesalahan di bawah Bahagian ini, menjadi suatu pembelaan bagi orang itu jika dia menunjukkan bahawa dia telah mengambil segala langkah munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar bagi mengelakkan pelakuan kesalahan itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).