My bookmarksSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 31

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 31

s 31 Powers of an investigating officer

(1) Where an investigating officer is satisfied, or has reason to suspect, that a person has committed an offence under this Act, he may, without a search warrantβ€” (a) enter any premises belonging to or in the possession or control of the person or his employee, and in the case of a body corporate, its director or manager; (b) search the premises for any property, record, report or document; (c) inspect, make copies of or take extracts from any record, report or document so seized and detained; (d) take possession of, and remove from the premises, any property, record, report or document so seized and detained and detain it for such period as he deems necessary; (e) search any person who is in, or on, such premises, if the investigating officer has reason to suspect that that person has on his person any property, record, report or document, including personal document, necessary, in the investigating officer’s opinion, for the purpose of investigation into an offence under this Act; (f) break open, examine and search any article, container or receptacle; or (g) stop, detain or search any conveyance. (2) An investigating officer may, if it is necessary to do soβ€” (a) break open any outer or inner door of such premises or conveyance and enter such premises or conveyance; (b) remove by force any obstruction to such entry, search, seizure, detention or removal as he is empowered to effect; or (c) detain any person found on such premises, or in such conveyance, until the search is completed. (3) An investigating officer may seize, take possession of, and detain for such duration as he thinks necessary, any property, record, report or document produced before him in the course of his investigation or found on the person who is being searched by him. (4) An investigating officer, in the course of his investigation or search, shallβ€” (a) prepare and sign a list of every property, record, report or document seized; and (b) state in the list the location in which, or the person on whom, the property, record, report or document is found. (5) The occupant of the premises entered in the course of investigation, or any person on his behalf, shall be present during the search, and a copy of the list prepared under subsection (4) shall be delivered to such person at his request.

Malay text (authoritative)

Kuasa pegawai penyiasat

(1) Jika seseorang pegawai penyiasat berpuas hati, atau mempunyai sebab untuk mengesyaki, bahawa seseorang telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh tanpa suatu waran geledahβ€” (a) memasuki mana-mana premis yang dipunyai oleh atau di dalam pemilikan atau kawalan orang itu atau pekerjanya, dan dalam hal suatu badan korporat, pengarah atau pengurusnya; (b) menggeledah premis itu untuk apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen; (c) memeriksa, membuat salinan atau mengambil petikan daripada mana-mana rekod, laporan atau dokumen yang disita dan ditahan sedemikian; (d) mengambil milik, dan mengalihkan dari premis itu, apaapa harta, rekod, laporan atau dokumen yang disita dan ditahan sedemikian dan menahannya selama apa-apa tempoh yang disifatkannya perlu; (e) memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di premis itu, jika pegawai penyiasat itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa orang itu mempunyai pada dirinya apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen, termasuklah dokumen persendirian, yang perlu, pada pendapat pegawai penyiasat itu, bagi maksud penyiasatan suatu kesalahan di bawah Akta ini; (f) memecah buka, memeriksa dan menggeledah apa-apa barang, bekas atau wadah; atau (g) memberhentikan, menahan atau memeriksa apa-apa kenderaan. (2) Seseorang pegawai penyiasat boleh jika perlu berbuat demikianβ€” (a) memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis atau kenderaan itu dan memasuki premis atau kenderaan itu; (b) memindahkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pengalihan itu sebagaimana dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau (c) menahan mana-mana orang yang dijumpai di premis itu, atau di dalam kenderaan itu, sehingga penggeledahan itu selesai. (3) Seseorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik, dan menahan selama apa-apa jangka masa yang difikirkannya perlu, apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen yang dikemukakan kepadanya dalam perjalanan urusan penyiasatannya atau didapati pada orang yang sedang diperiksa olehnya. (4) Seseorang pegawai penyiasat, semasa menjalankan penyiasatan atau pemeriksaannya, hendaklahβ€” (a) menyediakan dan menandatangani suatu senarai tiap-tiap harta, rekod, laporan atau dokumen yang disita; dan (b) menyatakan dalam senarai itu lokasi di mana, atau orang yang padanya, harta, rekod, laporan atau dokumen itu dijumpai. (5) Penghuni premis yang dimasuki dalam penyiasatan, atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah hadir semasa penggeledahan itu, dan suatu salinan senarai yang disediakan di bawah subseksyen (4) hendaklah diserahkan kepada orang itu atas permintaannya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part V β†’

Find Act 613 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next