My bookmarksSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 32

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 32

s 32 Power to examine persons

(1) Notwithstanding any written law, or oath, undertaking or requirement of secrecy or confidentiality to the contrary, or an obligation under an agreement or arrangement, express or implied, to the contrary, an investigating officer conducting an investigation shall have the power to administer an oath or affirmation to the person being examined. (2) An investigating officer may order, orally or in writing, any person whom he believes to be acquainted with the facts and circumstances of the caseβ€” (a) to attend before him for examination; (b) to produce before him any property, record, report or document; or (c) to furnish to him a statement in writing made on oath or affirmation setting out such information as he may require. (3) Any person who contravenes subsection (2) commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both, and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding one thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction. (4) The person examined under subsection (2) shall be legally bound to answer all questions relating to such case put to him by the investigating officer, but he may refuse to answer any question the answer to which would have a tendency to expose him to a criminal charge or penalty or forfeiture. (5) A person making a statement under paragraph (2)(c) shall be legally bound to state the truth, whether or not such statement is made wholly or partly in answer to the questions of the investigating officer. (6) An investigating officer examining a person under subsection (2) shall first inform that person of the provisions of subsections (4) and (5). (7) A statement made by any person under paragraph (2)(c) shall, whenever possible, be reduced into writing and signed by the person making it or affixed with his thumb printβ€” (a) after it has been read to him in the language in which he made it; and (b) after he has been given an opportunity to make any correction he may wish. (8) Any person whoβ€” (a) fails to appear before an investigating officer as required under paragraph (2)(a); (b) refuses to answer any question put to him by an investigating officer under subsection (4); or (c) furnishes to an investigating officer any information or statement that is false or misleading in any material particular, commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both, and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding one thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memeriksa orang

(1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, atau sumpah, akujanji atau kehendak kerahsiaan atau penyimpanan rahsia yang berlawanan, atau sesuatu obligasi di bawah sesuatu perjanjian atau perkiraan, yang nyata atau tersirat, yang berlawanan, seseorang pegawai penyiasat yang menjalankan suatu penyiasatan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah atau ikrar bagi orang yang diperiksa itu. (2) Seseorang pegawai penyiasat boleh memerintahkan, secara lisan atau bertulis, mana-mana orang yang dipercayainya mengetahui fakta dan hal keadaan kes ituβ€” (a) hadir di hadapannya bagi pemeriksaan; (b) mengemukakan di hadapannya apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen; atau (c) memberinya pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar yang menyatakan apa-apa maklumat yang dikehendakinya. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan. (4) Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (2) terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan berhubung dengan kes itu yang ditujukan kepadanya, tetapi dia boleh enggan untuk menjawab apa-apa soalan yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan. (5) Orang yang membuat pernyataan di bawah perenggan (2)(c) terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat kesemuanya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan pegawai penyiasat itu. (6) Seseorang pegawai penyiasat yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (2) hendaklah memberitahu orang itu terlebih dahulu mengenai peruntukan subseksyen (4) dan (5). (7) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah perenggan (2)(c) hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan cap ibu jarinyaβ€” (a) selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya; dan (b) selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu. (8) Mana-mana orang yangβ€” (a) tidak hadir di hadapan seseorang pegawai penyiasat sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (2)(a); (b) enggan menjawab apa-apa soalan yang ditujukan kepadanya oleh seseorang pegawai penyiasat di bawah subseksyen (4); atau (c) memberi seseorang pegawai penyiasat apa-apa maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apaapa butir matan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part V β†’

Find Act 613 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next