Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 34
Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 34
s 34 Obstruction to exercise of powers by an investigating officer
Any person who—
(a) refuses any investigating officer access to any premises, or fails to submit to the search of his person;
(b) assaults, obstructs, hinders or delays an investigating officer in effecting any entrance which he is entitled to effect;
(c) fails to comply with any lawful demands of any investigating officer in the execution of his duties under this Part;
(d) refuses to give to an investigating officer any property, document or information which may reasonably be required of him and which he has in his power to give;
(e) fails to produce to, or conceal or attempt to conceal from, an investigating officer, any property, record, report or document, which the investigating officer requires;
(f) rescues or attempts to rescue any thing which has been duly seized;
(g) furnishes to an investigating officer as true any information which he knows or has reason to believe to be false; or
(h) before or after any search or seizure, breaks or otherwise destroys any thing to prevent its seizure, or the securing of the property, record, report or document,
commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both, and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding one thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction.
Malay text (authoritative)
Halangan terhadap penjalanan kuasa oleh seorang pegawai penyiasat
Mana-mana orang yang—
(a) enggan memberi mana-mana pegawai penyiasat akses kepada mana-mana premis atau enggan membenarkan dirinya diperiksa;
(b) mengamang, menghalang, menggalang atau melambatlambatkan seseorang pegawai penyiasat masuk sedangkan dia berhak untuk masuk;
(c) tidak mematuhi apa-apa permintaan sah mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan kewajipannnya di bawah Bahagian ini;
(d) enggan memberi seseorang pegawai penyiasat apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang mungkin semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia mempunyai kuasa untuk memberikannya;
(e) tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang pegawai penyiasat, apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen yang dikehendaki oleh seseorang pegawai penyiasat;
(f) menyelamatkan atau cuba untuk menyelamatkan apa-apa benda yang telah disita dengan sewajarnya;
(g) memberi seorang pegawai penyiasat sebagai benar maklumat yang dia tahu atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu; atau
(h) sebelum atau selepas apa-apa penggeledahan atau penyitaan, memecahkan atau selainnya memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaannya, atau pengambilan harta, rekod, laporan atau dokumen itu,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).