My bookmarksSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 35

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 35

s 35 Tipping-off

(1) Any person who— (a) knows or has reason to suspect that an investigating officer is acting, or is proposing to act, in connection with an investigation which is being, or is about to be, conducted under or for the purposes of this Act or any subsidiary legislation made under it and discloses to any other person information or any other matter which is likely to prejudice that investigation or proposed investigation; or (b) knows or has reason to suspect that a disclosure has been made to an investigating officer under this Act and discloses to any other person information or any other matter which is likely to prejudice any investigation which might be conducted following the disclosure, commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. (2) Nothing in subsection (1) makes it an offence for an advocate and solicitor or his employee to disclose any information or other matter— (a) to his client or the client’s representative in connection with the giving of advice to the client in the course and for the purpose of the professional employment of the advocate and solicitor; or (b) to any person in contemplation of, or in connection with and for the purpose of, any legal proceedings. (3) Subsection (2) does not apply in relation to any information or other matter which is disclosed with a view to furthering any illegal purpose. (4) In proceedings against a person for an offence under this section, it is a defence to prove that— (a) he did not know or suspect that the disclosure made under paragraph (1)(b) was likely to prejudice the investigation; or (b) he had lawful authority or reasonable excuse for making the disclosure. (5) An investigating officer or other person does not commit an offence under this section in respect of anything done by him in the course of acting in connection with the enforcement, or intended enforcement, of any provision of this Act or of any other written law relating to a serious offence.

Malay text (authoritative)

Pemberian maklumat

(1) Mana-mana orang yang— (a) mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa seseorang pegawai penyiasat sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini atau mana-mana undang-undang subsidiari yang dibuat di bawahnya dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau (b) mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau mana-mana perkara lain yang mungkin menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikan suatu kesalahan jika seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain— (a) kepada kliennya atau wakil kliennya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada klien itu dalam menjalankan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau (b) kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, mana-mana prosiding undang-undang. (3) Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubung dengan apaapa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk mencapai apa-apa maksud yang salah di sisi undang-undang. (4) Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, adalah suatu pembelaan jika dibuktikan bahawa— (a) dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) itu mungkin menjejaskan penyiasatan itu; atau (b) dia mempunyai kuasa di sisi undang-undang atau alasan munasabah untuk membuat penzahiran itu. (5) Seseorang pegawai penyiasat atau orang lain tidak melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa jua yang telah dilakukan olehnya semasa bertindak berkaitan dengan penguatkuasaan, atau cadangan penguatkuasaan, apa-apa peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berhubung dengan suatu kesalahan berat.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 613 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next