My bookmarksSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 46

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 46

s 46 Further provisions relating to seizure of movable property

(1) Where any movable property is seized under this Act, the seizure shall be effected by removing the movable property from the possession, custody or control of the person from whom it is seized and placing it under the custody of such person, and at such place, as the investigating officer may determine. (2) Where it is not practicable, or it is otherwise not desirable, to remove any property under subsection (1), the investigating officer may leave it at the premises in which it is seized under the custody of such person as he may determine for the purpose. (3) Notwithstanding subsection (1), when any movable property, including any movable property referred to in subsection (6), has been seized under this Act, an investigating officer, other than the investigating officer who effected the seizure, upon obtaining approval from an investigating officer senior in rank to him, may— (a) temporarily return the movable property to its owner, or to the person from whose possession, custody or control it was seized, or to such person as may be entitled to it, subject to such terms and conditions as may be imposed, and subject in any case, to sufficient security being furnished to ensure that the movable property shall be surrendered on demand being made by the investigating officer who authorised the release and that such terms and conditions, if any, shall be complied with; or (b) return the movable property to the owner, or to the person from whose possession, custody or control it was seized, or to such person as may be entitled to the movable property, with liberty for the person to whom the movable property is so returned to dispose of the movable property, such return being subject to security being furnished in an amount which is not less than an amount which represents the open market value of that property on the date on which it is so returned. (4) Where any person to whom movable property is temporarily returned under paragraph (3)(a) fails to surrender the movable property on demand or comply with any term or condition imposed under that paragraph— (a) the security furnished in respect of such movable property shall be forfeited; and (b) that person commits an offence and shall on conviction be liable to a fine of not less than two times the amount of the security furnished by him or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both, and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding one thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction. (5) Where an order of forfeiture is made by the court in respect of movable property returned under paragraph (3)(b), such forfeiture shall be effected by forfeiting the security furnished by the person to whom the property was returned. (6) When any movable property seized under this Act consists of money, shares, securities, stocks, debentures or any chose-inaction in the possession or under the custody or control of any person other than the person against whom the prosecution is intended to be taken, the seizure shall be effected by an investigating officer serving an order on such person— (a) prohibiting him from using, transferring, or dealing with such property; or (b) requiring him to surrender the property to an investigating officer in the manner and within the time specified in the order. (7) Where any movable property seized is liable to speedy decay or deterioration, or is property which cannot be maintained without difficulty, or which is not practicable to maintain, and which cannot be dealt with under subsection (3), an investigating officer may sell or cause the property to be sold and shall hold the proceeds of the sale, after deducting the costs and expenses of the maintenance and sale of the movable property, to abide by the result of any proceedings under this Act.

Malay text (authoritative)

Peruntukan lanjut berhubung dengan penyitaan harta alih

(1) Jika apa-apa harta alih telah disita di bawah Akta ini, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan dengan memindahkan harta alih itu daripada milikan, jagaan atau kawalan orang yang daripadanya harta itu telah disita dan meletakkannya di bawah jagaan manamana orang dan di mana-mana tempat, yang ditentukan oleh pegawai penyiasat itu. (2) Jika tidak dapat dilaksanakan, atau selainnya tidak wajar, untuk memindahkan apa-apa harta alih di bawah subseksyen (1), pegawai penyiasat itu boleh meninggalkannya di premis tempat harta itu disita di bawah jagaan mana-mana orang yang ditentukan olehnya bagi maksud itu. (3) Walau apa pun subseksyen (1), jika mana-mana harta alih, termasuk mana-mana harta alih yang disebut dalam subseksyen (6), telah disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai penyiasat, selain pegawai penyiasat yang melaksanakan penyitaan itu, setelah mendapat kebenaran daripada seorang pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, boleh— (a) memulangkan buat sementara harta alih itu kepada pemunyanya, atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya harta itu telah disita, atau kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang boleh dikenakan, dan tertakluk dalam apa-apa jua hal, kepada pemberian jaminan yang mencukupi bagi memastikan bahawa harta alih itu akan diserahkan apabila tuntutan dibuat oleh pegawai penyiasat yang membenarkan pelepasan itu dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, akan dipatuhi; atau (b) memulangkan harta alih itu kepada pemunyanya, atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya harta itu telah disita, atau kepada orang yang berhak kepada, harta alih itu, dengan memberikan kebebasan kepada orang yang kepada harta itu telah dipulangkan itu untuk melupuskan harta alih itu, dan pemulangan itu dijadikan tertakluk kepada pemberian jaminan yang amaunnya tidak kurang daripada amaun yang merupakan nilai pasaran terbuka harta itu pada tarikh harta itu dipulangkan sedemikian. (4) Jika mana-mana orang yang kepadanya harta alih dipulangkan buat sementara di bawah perenggan (3)(a) tidak menyerahkan harta alih itu apabila dituntut atau tidak mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan itu— (a) jaminan yang diberikan berkenaan dengan harta alih itu hendaklah terlucut hak; dan (b) orang itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada dua kali ganda jumlah jaminan yang diberikan olehnya atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan. (5) Jika suatu perintah pelucuthakan dibuat oleh mahkamah berkenaan dengan harta alih yang dipulangkan di bawah perenggan (3)(b), pelucuthakan itu hendaklah dilaksanakan dengan melucuthakkan jaminan yang diberikan oleh orang yang kepadanya harta itu telah dipulangkan. (6) Apabila apa-apa harta alih yang disita di bawah Akta ini terdiri daripada wang, syer, sekuriti, saham, debentur atau apa-apa hak dalam tindakan yang berada dalam milikan atau di bawah jagaan atau kawalan mana-mana orang selain orang terhadapnya pendakwaan akan dibuat, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang pegawai penyiasat yang menyampaikan pada orang itu suatu perintah— (a) yang melarang orang itu menggunakan, memindahkan, atau membuat urusan tentang harta itu; atau (b) menghendaki orang itu menyerahkan harta itu kepada seorang pegawai penyiasat mengikut cara dan dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu. (7) Jika apa-apa harta alih yang disita mudah reput atau menjadi rosak, atau merupakan harta yang tidak dapat disenggara tanpa kesukaran, atau tidak praktik untuk disenggara dan tidak dapat diuruskan di bawah subseksyen (3), maka seorang pegawai penyiasat boleh menjual atau menyebabkan dijual harta itu dan hendaklah memegang hasil jualan itu, selepas ditolak kos dan perbelanjaan penyenggaraan dan penjualan harta alih itu, sementara menanti keputusan apa-apa prosiding di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 613 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next