My bookmarksSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 47

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 47

s 47 Advocates and solicitors to disclose information

(1) Notwithstanding any other law, a Judge of the High Court may, on application being made to him in relation to an investigation into any offence under subsection 4(1), order an advocate and solicitor to disclose information available to him in respect of any transaction or dealing relating to any property which is liable to seizure under this Act. (2) Nothing in subsection (1) shall require an advocate and solicitor to comply with any order under that subsection to the extent that such compliance would disclose any privileged information or communication which came to his knowledge for the purpose of any pending proceedings.

Malay text (authoritative)

Peguam bela dan peguam cara hendaklah menzahirkan maklumat

(1) Walau apa pun mana-mana undang-undang lain, seseorang Hakim Mahkamah Tinggi boleh, apabila permohonan dibuat kepadanya berhubung dengan penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah subseksyen 4(1), memerintahkan seseorang peguam bela dan peguam cara supaya menzahirkan maklumat yang boleh didapati olehnya berkenaan dengan apa-apa transaksi atau urusan yang berhubungan dengan apa-apa harta yang boleh disita di bawah Akta ini. (2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menghendaki seseorang peguam bela dan peguam cara mematuhi apa-apa perintah di bawah subseksyen itu sehinggakan pematuhan itu akan menzahirkan apa-apa maklumat atau komunikasi terlindung yang sampai kepada pengetahuannya bagi maksud apa-apa prosiding yang belum selesai.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 613 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next