My bookmarksSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 48

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 48

s 48 Investigation powers in relation to a financial institution

(1) Notwithstanding the provisions of any other written law or any rule of law, the Public Prosecutor, if he is satisfied that it is necessary for the purpose of any investigation into an offence under subsection 4(1), may authorise in writing an investigating officer to exercise in relation to any financial institution specified in the authorisation all the powers of investigation set out in Part V and in subsection (2). (2) An investigating officer authorised under subsection (1) may, in relation to the financial institution in respect of which he is so authorised— (a) inspect and take copies of any book, record, report or document belonging to or in the possession, custody or control of the financial institution; (b) inspect and take copies of any share account, purchase account, expense account or any other account of any person kept in the financial institution; (c) inspect the contents of any safe deposit box in the financial institution; or (d) request for any other information relating to any record, report, document, account or article referred to in paragraphs (a), (b) and (c). (3) Notwithstanding anything in subsection (2), an investigating officer authorised under subsection (1) may take possession of any account, book, record, report, document, title, securities or cash to which he has access under that subsection where in his opinion— (a) the inspection of them, the copying of them, or the taking of extracts from them, cannot reasonably be undertaken without taking possession of them; (b) they may be interfered with or destroyed unless he takes possession of them; or (c) they may be needed as evidence in any prosecution for an offence under subsection 4(1) or any other written law. (4) Any person who wilfully fails or refuses to disclose any information or to produce any account, book, record, report, document or article under subsection (2) to the investigating officer authorised under subsection (1) commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both, and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding one thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction. (5) Where any person discloses any information or produces any account, book, record, report, document or article to an investigating officer authorised under subsection (1), neither the first-mentioned person nor any other person on whose behalf or direction or as whose agent or officer the first-mentioned person may be acting shall, on account of such disclosure or production, be liable to any prosecution for any offence under any law, or to any proceedings or claim by any person under any law, or under any contract, agreement or arrangement, or otherwise.

Malay text (authoritative)

Kuasa menyiasat berhubung dengan sesuatu institusi kewangan

(1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain atau mana-mana rukun undang-undang, Pendakwa Raya, jika dia berpuas hati bahawa adalah perlu bagi maksud apaapa penyiasatan sesuatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1), boleh memberi kuasa secara bertulis seorang pegawai penyiasat untuk menjalankan berhubung dengan mana-mana institusi kewangan yang ditentukan dalam pemberikuasaan itu segala kuasa penyiasatan yang dinyatakan dalam Bahagian V dan dalam subseksyen (2). (2) Seseorang pegawai penyiasat yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh, berhubung dengan institusi kewangan yang berkenaan dengannya dia telah diberi kuasa sedemikian— (a) memeriksa dan mengambil salinan apa-apa buku, rekod, laporan atau dokumen yang dipunyai oleh atau berada dalam milikan, jagaan atau kawalan institusi kewangan itu; (b) memeriksa dan mengambil salinan mana-mana akaun syer, akaun pembelian, akaun perbelanjaan atau apa-apa akaun lain mana-mana orang yang disimpan di institusi kewangan itu; (c) memeriksa kandungan mana-mana peti simpan selamat di institusi kewangan itu; atau (d) meminta apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan mana-mana rekod, laporan, dokumen, akaun atau barang yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c). (3) Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (2), seseorang pegawai penyiasat yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh mengambil milik apa-apa akaun, buku, rekod, laporan, dokumen, hakmilik, sekuriti atau wang tunai yang dia mempunyai akses kepadanya di bawah subseksyen itu jika pada pendapat pegawai itu— (a) pemeriksaannya, penyalinannya, atau pengambilan petikan daripadanya, tidak dapat semunasabahnya dibuat tanpa mengambil miliknya; (b) akaun, buku, rekod, laporan, dokumen, hakmilik, atau wang tunai itu mungkin diganggu atau dimusnahkan melainkan jika dia mengambil miliknya; atau (c) akaun, buku, rekod, laporan, dokumen, hakmilik, atau wang tunai itu mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau mana-mana undang-undang bertulis lain. (4) Mana-mana orang yang dengan sengaja tidak atau enggan menzahirkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa akaun, buku, rekod, laporan, dokumen atau barang di bawah subseksyen (2) kepada pegawai penyiasat yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan. (5) Jika mana-mana orang menzahirkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa akaun, buku, rekod, laporan, dokumen atau barang kepada seseorang pegawai penyiasat yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1), baik orang yang mula-mula disebut itu mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihaknya atau atas arahannya atau yang sebagai ejen atau pegawainya orang yang mula-mula disebut itu bertindak tidak boleh, oleh sebab penzahiran atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa pendakwaan bagi apaapa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, atau kepada apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang, atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 613 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next