LawPlayer
My bookmarksSign up freeSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 49

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 49

Act no.
Act 613
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 [Act 613], s 49

s 49 Public Prosecutor’s powers to obtain information

(1) Notwithstanding any law or rule of law to the contrary, the Public Prosecutor, if he has reasonable grounds to believe, based on the investigation carried out under this Act, that an offence under subsection 4(1) has been committed, may by written notice— (a) require any person suspected of having committed such offence; (b) any relative or associate of the person referred to in paragraph (a); or (c) any other person whom the Public Prosecutor has reasonable grounds to believe is able to assist in the investigation, to furnish a statement in writing on oath or affirmation— (aa) identifying every property, whether movable or immovable, whether in or outside Malaysia, belonging to him or in his possession, or in which he has any interest, whether legal or equitable, and specifying the date on which each of the properties so identified was acquired and the manner in which it was acquired, whether by way of any dealing, bequest, devise, inheritance, or any other manner; (bb) identifying every property sent out of Malaysia by him or on his behalf during such period as may be specified in the notice; (cc) setting out the estimated value and location of each of the properties identified under subparagraphs (aa) and (bb), and if any of such properties cannot be located, the reason for it; (dd) stating in respect of each of the properties identified under subparagraphs (aa) and (bb) whether the property is held by him or by any other person on his behalf, whether it has been transferred, sold to, or kept with any person, whether it has been diminished in value since its acquisition by him, and whether it has been commingled with other property which cannot be separated or divided without difficulty; (ee) setting out all other information relating to his property, business, travel, or other activities as may be specified in the notice; and (ff) setting out all his sources of income, earnings or property. (2) An officer of any financial institution, or any person who is in any manner or to any extent responsible for the management and control of the affairs of any financial institution, shall furnish a copy of all accounts, books, records, reports or documents relating to any person to whom a notice may be issued under subsection (1). (3) Every person to whom a notice is sent by the Public Prosecutor under subsection (1) shall, notwithstanding any law or rule of law to the contrary, comply with the terms of the notice within such time as may be specified in the notice, and any person who wilfully neglects or fails to comply with the terms of the notice commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both, and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding one thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction. (4) Every person to whom a notice or direction is sent by the Public Prosecutor under this section shall be legally bound to state the truth and shall disclose all information which is within his knowledge, or which is available to him, or which is capable of being obtained by him. (5) Where any person discloses any information or produces any accounts, books, records, reports or documents in response to a notice under subsection (1), such person, his agent or employee, or any other person acting on his behalf or under his direction, shall not, by reason only of such disclosure or production, be liable to prosecution for any offence under any law, or to any proceedings or claim by any person under any law or under any contract, agreement or arrangement, or otherwise. (6) Subsection (5) shall not bar, prevent or prohibit the institution of any prosecution for any offence as provided by this section or the giving of false information in relation to any statement on oath or affirmation furnished to the Public Prosecutor pursuant to this section.

Malay text (authoritative)

Kuasa Pendakwa Raya untuk memperoleh maklumat

(1) Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang berlawanan, Pendakwa Raya, jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, berdasarkan penyiasatan yang dijalankan di bawah Akta ini, bahawa suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) telah dilakukan, boleh dengan notis bertulis— (a) menghendaki mana-mana orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu; (b) mana-mana saudara atau sekutu orang yang disebut dalam perenggan (a); atau (c) mana-mana orang lain yang Pendakwa Raya mempunyai alasan untuk mempercayai berupaya untuk membantu dalam penyiasatan itu, untuk memberikan suatu pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar— (aa) yang mengenal pasti tiap-tiap harta, sama ada alih atau tak alih, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang dipunyai atau dimilikinya, atau yang mengenainya dia mempunyai apa-apa kepentingan, sama ada di sisi undangundang atau ekuiti, dan menyatakan tarikh setiap harta yang dikenal pasti itu diperoleh dan cara bagaimana harta itu diperoleh, sama ada dengan jalan apa-apa urus niaga, bekues, devis, pewarisan, atau apa-apa cara lain; (bb) yang mengenal pasti tiap-tiap harta yang dihantar keluar dari Malaysia olehnya atau bagi pihaknya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu; (cc) yang menyatakan nilai anggaran dan tempat terletaknya setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (aa) dan (bb), dan jika mana-mana harta itu tidak dapat diketahui tempat letaknya, sebab mengapa; (dd) yang menyatakan berkenaan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (aa) dan (bb) sama ada harta itu dipegang olehnya atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, sama ada harta itu telah dipindahkan hakmiliknya, dijual kepada atau disimpan dengan mana-mana orang, sama ada harta itu telah susut nilainya sejak dia memperolehnya, dan sama ada harta itu telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat dipisahkan atau dibahagikan tanpa kesukaran; (ee) yang menyatakan segala maklumat lain berhubung dengan hartanya, perniagaannya, pengembaraannya atau kegiatan-kegiatannya yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan (ff) yang menyatakan segala punca pendapatannya, perolehannya atau hartanya. (2) Seseorang pegawai mana-mana institusi kewangan, atau mana-mana orang yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan dan kawalan hal ehwal mana-mana institusi kewangan, hendaklah memberikan salinan semua akaun, buku, rekod, laporan atau dokumen yang berhubungan dengan mana-mana orang yang kepadanya notis boleh dikeluarkan di bawah subseksyen (1). (3) Tiap-tiap orang yang kepadanya notis dihantar oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) hendaklah, walau apa pun manamana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, mematuhi terma notis itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, dan mana-mana orang yang dengan sengaja mengabaikan atau tidak mematuhi terma notis itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan. (4) Tiap-tiap orang yang kepadanya suatu notis atau arahan telah dihantar oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen ini terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar dan hendaklah menzahirkan segala maklumat yang diketahuinya, atau tersedia untuknya, atau yang dapat diperoleh olehnya. (5) Jika mana-mana orang menzahirkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa akaun, buku, rekod, laporan atau dokumen, sebagai jawapan kepada suatu notis di bawah subseksyen (1), orang itu, ejennya atau pekerjanya, atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya atau atas arahannya, tidak boleh, semata-mata oleh sebab penzahiran atau pengemukaan itu, didakwa bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, atau apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya. (6) Subseksyen (5) tidaklah menggalang, menghalang atau melarang pemulaan apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini atau pemberian maklumat palsu berhubung dengan apa-apa pernyataan dengan bersumpah atau berikrar yang diberikan kepada Pendakwa Raya menurut seksyen ini.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Sources and editorial policy

Source
Laws of Malaysia (AGC)Synced from the official source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next