My bookmarksSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 5

s 5 Protection of informers and information

(1) Where a person discloses to an enforcement agency his knowledge or belief that any property is derived from or used in connection with money laundering or any matter on which such knowledge or belief is basedβ€” (a) if he does any act in contravention of subsection 4(1) and the disclosure relates to the arrangement concerned, he does not commit an offence under that subsection if the disclosure is madeβ€” (i) before he does the act concerned, being an act done with the consent of the enforcement agency; or (ii) after he does the act, but the disclosure is made on his initiative and as soon as it is reasonable for him to make it; (b) notwithstanding any other written law, the disclosure shall not be treated as a breach of any restriction on the disclosure of information imposed by any law, contract or rules of professional conduct; and (c) he shall not be liable for damages for any loss arising out ofβ€” (i) the disclosure; or (ii) any act done or omitted to be done in relation to the property in consequence of the disclosure. (2) Where any information relating to an offence under this Act is received by an officer of the competent authority or reporting institution, the information and the identity of the person giving the information shall be secret between the officer and that person and everything contained in such information, the identity of that person and all other circumstances relating to the information, including the place where it was given, shall not be disclosed except for the purposes of subsection 8(1) or section 14.

Malay text (authoritative)

Perlindungan pemberi maklumat dan maklumat

(1) Jika seseorang menzahirkan kepada suatu agensi penguat kuasa pengetahuan atau kepercayaannya bahawa apa-apa harta diperoleh daripada atau digunakan berkaitan dengan pengubahan wang haram atau apa-apa perkara yang padanya pengetahuan atau kepercayaan itu didasarkanβ€” (a) jika orang itu melakukan apa-apa perbuatan yang melanggar subseksyen 4(1) dan penzahiran itu berhubung dengan perkiraan yang berkenaan, orang itu tidak melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen itu jika penzahiran itu dibuatβ€” (i) sebelum orang itu melakukan perbuatan yang berkenaan, iaitu suatu perbuatan yang dilakukan dengan keizinan agensi penguat kuasa itu; atau (ii) selepas orang itu melakukan perbuatan itu, tetapi penzahiran itu dilakukan atas inisiatifnya sendiri dan dengan seberapa segera yang munasabah bagi orang itu melakukannya; (b) walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, penzahiran itu tidak boleh dianggap sebagai pelanggaran apa-apa sekatan ke atas penzahiran maklumat yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang, kontrak atau kaedah-kaedah kelakuan profesional; dan (c) orang itu tidaklah bertanggungan bagi ganti rugi bagi apa-apa kerugian yang timbul daripadaβ€” (i) penzahiran itu; atau (ii) apa-apa perbuatan yang telah dilakukan atau ditinggalkan berhubung dengan harta itu berbangkit daripada penzahiran itu. (2) Jika apa-apa maklumat berhubung dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini diterima oleh seorang pegawai pihak berkuasa berwibawa atau institusi pelapor, maklumat dan identiti orang yang memberikan maklumat itu hendaklah menjadi rahsia antara pegawai itu dan orang itu dan segala yang terkandung dalam maklumat itu, identiti orang itu dan segala hal keadaan lain berhubung dengan maklumat itu, termasuk tempat maklumat itu telah diberikan, tidak boleh dizahirkan kecuali bagi maksud subseksyen 8(1) atau seksyen 14.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part II β†’

Find Act 613 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next