My bookmarksSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 6

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 6

s 6 Restriction on revealing disclosure under section 5

(1) No person shall, subject to subsection (2)— (a) reveal that a disclosure was made under section 5; (b) reveal the identity of any person as the person making the disclosure; or (c) answer any question if the answer would lead, or would tend to lead, to the revealing of any fact or matter referred to in paragraph (a) or (b). (2) Subsection (1) shall not apply to a witness in any civil or criminal proceedings— (a) for an offence under subsection 4(1) or subsection (3) of this section; or (b) where the court is of the opinion that justice cannot fully be done between the parties without revealing the disclosure or the identity of any person as the person making the disclosure. (3) No person shall publish in writing or broadcast any information, including a report of any civil or criminal proceedings but excluding information published for statistical purposes by a competent authority or the Government, so as to reveal or suggest— (a) that a disclosure was made under section 5; or (b) the identity of any person as the person making the disclosure. (4) Subsection (3) shall not apply in respect of proceedings against the person making the disclosure for an offence under subsection 4(1) or subsection (1). (5) If information is published or broadcast in contravention of subsection (3), each of the following persons, namely— (a) in the case of publication as part of a newspaper or periodical publication, any proprietor, editor, publisher and distributor of the newspaper or periodical publication; (b) in the case of a publication otherwise than as part of a newspaper or periodical publication, any person who publishes it and any person who distributes it; (c) in the case of a broadcast, any person who broadcasts the information and, if the information is contained in a programme, any person who transmits or provides the programme and any person having functions in relation to the programme corresponding to those of the editor of a newspaper or periodical publication, commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both, and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding one thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction. (6) In this section, “broadcast” includes any broadcast by radio, film, videotape, television or electronic media.

Malay text (authoritative)

Sekatan ke atas pendedahan penzahiran di bawah seksyen 5

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada seorang pun boleh— (a) mendedahkan bahawa suatu penzahiran telah dibuat di bawah seksyen 5; (b) mendedahkan identiti mana-mana orang sebagai orang yang membuat penzahiran itu, atau (c) menjawab apa-apa soalan sekiranya jawapan itu boleh membawa kepada atau berkemungkinan boleh membawa kepada pendedahan apa-apa fakta atau perkara yang disebut dalam perenggan (a) atau (b). (2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi seseorang saksi dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah— (a) bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau subseksyen (3) seksyen ini; atau (b) jika mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak itu tanpa mendedahkan penzahiran itu atau identiti mana-mana orang sebagai orang yang membuat penzahiran itu. (3) Tiada seorang pun boleh menerbitkan secara bertulis atau menyiarkan apa-apa maklumat, termasuk laporan tentang apa-apa prosiding sivil atau jenayah tetapi tidak termasuk maklumat yang diterbitkan bagi maksud perangkaan oleh pihak berkuasa berwibawa atau Kerajaan, untuk mendedahkan atau menunjukkan— (a) bahawa suatu penzahiran telah dibuat di bawah seksyen 5; atau (b) identiti mana-mana orang sebagai orang yang membuat penzahiran itu. (4) Subseksyen (3) tidaklah terpakai berkenaan dengan prosiding terhadap orang yang membuat penzahiran bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau subseksyen (1). (5) Jika maklumat diterbitkan atau disiarkan dengan melanggar subseksyen (3), setiap orang yang berikut, iaitu— (a) dalam hal sesuatu penerbitan sebagai sebahagian daripada suatu surat khabar atau penerbitan berkala, mana-mana tuan punya, pengarang, penerbit dan pengedar surat khabar atau penerbitan majalah itu; (b) dalam hal sesuatu penerbitan selain sebagai sebahagian daripada suatu surat khabar atau penerbitan berkala, manamana orang yang menerbitkannya dan mana-mana orang yang mengedarkannya; (c) dalam hal sesuatu penyiaran, mana-mana orang yang menyiarkan maklumat itu dan, jika maklumat itu terkandung dalam suatu rancangan, mana-mana orang yang memancarkan atau membekalkan rancangan itu dan manamana orang yang mempunyai fungsi berhubung dengan rancangan itu yang bersamaan dengan fungsi pengarang sesuatu surat khabar atau penerbitan berkala, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan. (6) Dalam seksyen ini, “penyiaran” termasuklah mana-mana penyiaran melalui radio, filem, pita video, televisyen atau media elektronik.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 613 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next