Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 51
s 51 Seizure of immovable property
(1) Where the Public Prosecutor is satisfied on information given to him by an investigating officer that any immovable property is the subject-matter of an offence under subsection 4(1) or evidence of the commission of such offence, such property may be seized, and the seizure shall be effected—
(a) by the issue of a Notice of Seizure by the Public Prosecutor setting out the particulars of the immovable property which is seized in so far as such particulars are within his knowledge, and prohibiting all dealings in such immovable property;
(b) by publishing a copy of such Notice in two newspapers circulating in Malaysia, one of which shall be in the national language and the other in the English language; and
(c) by serving a copy of such Notice on the Land Administrator or the Registrar of Titles, as the case may be, in Peninsular Malaysia, or on the Registrar of Titles or Collector of Land Revenue, as the case may be, in Sabah, or on the Director of Lands and Surveys or the Registrar responsible for land titles, as the case may be, in Sarawak, of the area in which the immovable property is situated.
(2) The Land Administrator, the Collector of Land Revenue, the Director of Lands and Surveys, the Registrar of Titles or the Registrar responsible for land titles, as the case may be, referred to in subsection (1) shall immediately upon being served with a Notice of Seizure under that subsection endorse the terms of the Notice of Seizure on the document of title in respect of the immovable property in the Register at his office.
(3) Where an endorsement of a Notice of Seizure has been made under subsection (2), the Notice shall have the effect of prohibiting all dealings in respect of the immovable property, and after such endorsement has been made no dealing in respect of the immovable property shall be registered, regardless whether it was effected before or after the issue of such Notice or the making of such endorsement.
(4) Subsection (3) shall not apply to a dealing effected by an officer of a public body in his capacity as such officer, or otherwise by or on behalf of the Federal Government of Malaysia or the Government of a State, or a local authority or other statutory authority.
(5) Any person who contravenes subsection (2) or (3) or does any act which results in, or causes, a contravention of subsection
(2) or (3) commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding twice the value of the property in respect of which the Public Prosecutor’s order had been contravened, or one million ringgit, whichever is the higher, or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both, and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding one thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction.
(6) Where a Notice of Seizure has been issued under subsection
(1), a registered proprietor of the immovable property which is seized under such Notice, or any other person having any interest in such immovable property, who has knowledge of such Notice, and who knowingly enters into any agreement with any person to sell, transfer, or otherwise dispose of or deal with, the whole or any part of such immovable property, commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding twice the value of such property, or one million ringgit, whichever is the higher, or to imprisonment for a term not exceeding one year or
to both, and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding one thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction.
Malay text (authoritative)
Penyitaan harta tak alih
(1) Jika Pendakwa Raya berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seseorang pegawai penyiasat bahawa apa-apa harta tak alih ialah hal perkara sesuatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau keterangan pelakuan kesalahan itu, harta itu boleh disita, dan penyitaan hendaklah dilaksanakan—
(a) dengan pengeluaran suatu Notis Penyitaan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan butir-butir harta tak alih yang disita itu setakat yang butir-butir itu diketahuinya, dan melarang segala urusan tentang harta tak alih itu;
(b) dengan menyiarkan suatu salinan Notis itu dalam dua akhbar yang diedarkan di Malaysia, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan dan yang satu lagi dalam bahasa Inggeris; dan
(c) dengan menyampaikan suatu salinan Notis itu kepada Pentadbir Tanah atau Pendaftar Hakmilik, mengikut manamana yang berkenaan, di Semenanjung Malaysia, atau Pendaftar Hakmilik atau Pemungut Hasil Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sabah, atau kepada Pengarah Tanah dan Ukur atau Pendaftar yang
bertanggungjawab bagi hakmilik tanah, mengikut manamana yang berkenaan, di Sarawak, bagi kawasan tempat terletaknya harta tak alih itu.
(2) Pentadbir Tanah, Pemungut Hasil Tanah, Pengarah Tanah dan Ukur, Pendaftar Hakmilik atau Pendaftar yang bertanggungjawab bagi hakmilik tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dengan serta-merta apabila disampaikan kepadanya Notis Penyitaan di bawah subseksyen itu mencatatkan terma Notis Penyitaan itu pada dokumen hakmilik yang berkenaan dengan harta tak alih itu dalam Daftar di pejabatnya.
(3) Jika suatu catatan tentang sesuatu Notis Penyitaan telah dibuat di bawah subseksyen (2), Notis itu hendaklah mempunyai kuat kuasa melarang segala urusan berkenaan dengan harta tak alih itu, dan selepas catatan itu telah dibuat tiada urusan berkenaan dengan harta tak alih itu boleh didaftarkan, tidak kira sama ada urusan itu dilaksanakan sebelum atau selepas pengeluaran Notis itu atau pembuatan catatan itu.
(4) Subseksyen (3) tidaklah terpakai bagi sesuatu urusan yang dilaksanakan oleh seseorang pegawai badan awam atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun lain.
(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) atau melakukan apa-apa perbuatan yang menghasilkan, atau menyebabkan, pelanggaran subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua kali ganda nilai harta yang berkenaan dengannya perintah Pendakwa Raya telah dilanggar, atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.
(6) Jika suatu Notis Penyitaan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1), seseorang tuan punya berdaftar harta tak alih yang disita di bawah Notis itu, atau mana-mana orang lain yang mempunyai apa-apa kepentingan mengenai harta tak alih itu, yang tahu tentang Notis itu, dan yang dengan disedarinya membuat apa-apa perjanjian
dengan mana-mana orang untuk menjual, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan atau membuat urusan tentang, keseluruhan atau sebahagian harta tak alih itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua kali ganda nilai harta itu atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).