My bookmarksSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 52

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 52

s 52 Special provisions relating to seizure of a business

(1) Where an enforcement agency has reason to believe that any business— (a) is being carried on by or on behalf of any person against whom prosecution for an offence under subsection 4(1) is intended to be commenced; (b) is being carried on by or on behalf of a relative or an associate of such person; (c) is a business in which such person, or a relative or associate of his, has an interest which amounts to or carries a right to not less than thirty per centum of the entire business; or (d) is a business over which such person or his relative or associate has management or effective control, either individually or together, the enforcement agency may seize the business in the manner provided under this Part or by an order in writing— (aa) direct the extent and manner in which the business may be carried on; (bb) specify any person to supervise, direct or control the business, including its accounts, or to carry on the business or such part of it as may be specified; (cc) direct that all or any proportion of the proceeds or profits of the business be paid to the Accountant-General and retained by him pending further directions in respect of it by the enforcement agency; (dd) prohibit any director, officer or employee or any other person from being in any manner involved in the business with effect from the date of the letter of prohibition; or (ee) direct that the premises where the business was carried on to be closed and, if necessary or expedient, placed under guard or custody. (2) Where an order is made by an enforcement agency under subsection (1), it may include in the order, or may subsequently give any further direction orally or in writing of an ancillary or consequential nature, or which may be necessary, for giving effect to, or for the carrying out of, the order. (3) An order under subsection (1) may at any time be varied or revoked by an enforcement agency and where it so varies or revokes the order, it may give any direction of an ancillary or consequential nature, or which may be necessary, for giving effect to, or for the carrying out of, such variation or revocation. (4) Subject to subsection (5), neither the Federal Government nor any person shall, in consequence of any order under subsection (1) be responsible for the payment of any money, dues, debts, liabilities or charges payable to any person in respect of the business, or in respect of any movable or immovable property owned, possessed, occupied or used, by any person in relation to the business. (5) Where a person is carrying on any activities of the business in pursuance of an order under subsection (1), he shall be responsible for the payment of the wages of such employees of the business as are engaged in performing any work in relation to those activities for the period during which such person carries on those activities and such wages shall be paid out of the profits derived from such activities or, if there are no such profits or if such profits are insufficient, from the assets and the properties of the business. (6) In this section— (a) “wages” means the wages payable under the contract of employment between the employee and the business; (b) “business” means any business registered under any written law providing for the registration of businesses and includes a corporation incorporated or registered under the Companies Act 1965 and an associate of that company as defined in section 3.

Malay text (authoritative)

Peruntukan khas berhubung dengan penyitaan perniagaan

(1) Jika sesuatu agensi penguat kuasa mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana perniagaan— (a) sedang dijalankan oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang terhadapnya pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) dicadangkan untuk dimulakan; (b) sedang dijalankan oleh atau bagi pihak seorang saudara atau seorang sekutu orang itu; (c) ialah suatu perniagaan yang orang itu, atau seorang saudara atau sekutunya, mempunyai kepentingan sebanyak atau yang membawa hak tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada keseluruhan perniagaan itu; atau (d) ialah suatu perniagaan yang mengenainya orang itu atau saudara atau sekutunya mempunyai kawalan pengurusan atau kawalan berkesan, sama ada secara perseorangan atau bersama, agensi penguat kuasa itu boleh menyita perniagaan itu mengikut cara yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini atau melalui suatu perintah bertulis— (aa) mengarahkan takat dan cara bagaimana perniagaan itu boleh dijalankan; (bb) menentukan mana-mana orang untuk mengawasi, mengarahkan atau mengawal perniagaan itu, termasuk akaun-akaunnya, atau menjalankan perniagaan itu atau apa-apa bahagian perniagaan itu yang ditentukan; (cc) mengarahkan supaya kesemua atau apa-apa perkadaran hasil atau keuntungan perniagaan itu dibayar kepada Akauntan Negara dan disimpan olehnya sementara menanti arahan lanjut berkenaan dengannya dibuat oleh agensi penguat kuasa itu; (dd) melarang mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja atau mana-mana orang lain terlibat dalam apa-apa cara dalam perniagaan itu berkuat kuasa dari tarikh surat larangan itu; atau (ee) mengarahkan supaya premis tempat perniagaan itu dijalankan ditutup dan, jika perlu atau suai manfaat, diletakkan di bawah kawalan atau jagaan. (2) Jika suatu perintah dibuat oleh sesuatu agensi penguat kuasa di bawah subseksyen (1), ia boleh memasukkan dalam perintah itu, atau boleh kemudiannya memberikan apa-apa arahan lanjut secara lisan atau bertulis yang bersampingan atau berdampingan, atau yang diperlukan, untuk memberikan kuat kuasa kepada, atau untuk menjalankan, perintah itu. (3) Suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh pada bilabila masa diubah atau dibatalkan oleh sesuatu agensi penguat kuasa dan jika ia telah mengubah atau membatalkan perintah itu, ia boleh memberikan apa-apa arahan yang bersampingan atau berdampingan, atau yang diperlukan, bagi memberikan kuat kuasa kepada, atau bagi menjalankan, perubahan atau pembatalan itu. (4) Tertakluk kepada subseksyen (5), baik Kerajaan Persekutuan mahupun mana-mana orang tidaklah, berbangkit daripada apa-apa perintah di bawah subseksyen (1), bertanggungjawab bagi pembayaran apa-apa wang, diu, hutang, tanggungan atau caj yang kena dibayar kepada mana-mana orang berkenaan dengan perniagaan itu, atau berkenaan dengan mana-mana harta alih atau harta tak alih yang dipunyai, dimiliki, diduduki atau digunakan, oleh manamana orang berhubung dengan perniagaan itu. (5) Jika seseorang menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan itu menurut suatu perintah di bawah subseksyen (1), dia hendaklah bertanggungjawab bagi pembayaran gaji pekerja-pekerja perniagaan itu yang terlibat dalam menjalankan apa-apa kerja berhubung dengan aktiviti itu bagi tempoh semasa orang itu menjalankan aktiviti itu, dan gaji itu hendaklah dibayar daripada keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti itu atau, jika tidak ada keuntungan sedemikian atau jika keuntungan itu tidak mencukupi, daripada aset dan harta perniagaan itu. (6) Dalam seksyen ini— (a) “gaji” ertinya gaji yang kena dibayar di bawah kontrak perkhidmatan antara pekerja dengan perniagaan itu; (b) “perniagaan” ertinya mana-mana perniagaan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mengadakan peruntukan bagi pendaftaran perniagaan dan termasuklah pertubuhan yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekutu syarikat itu sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 613 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next