Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 74
Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 74
s 74 Admissibility of translation of documents
(1) Where any document which is to be used in any proceedings against any person for an offence under this Act is in a language other than the national language or English language, a translation of such document into the national language or English language shall be admissible in evidence where the translation is accompanied by a certificate of the person who translated the document setting out that it is an accurate, faithful and true translation and the translation had been done by such person at the instance of the Public Prosecutor or an officer of any enforcement agency.
(2) Subsection (1) shall apply to a document which is translated, regardless whether the document was made in or outside Malaysia, or whether the translation was done in or outside Malaysia, or whether possession of such document was obtained by the Public Prosecutor or an officer of any enforcement agency in or outside Malaysia.
Malay text (authoritative)
Kebolehterimaan terjemahan dokumen
(1) Jika apa-apa dokumen yang hendak digunakan dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini adalah dalam sesuatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, terjemahan dokumen itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris hendaklah boleh diterima sebagai keterangan jika terjemahan itu disertakan dengan perakuan orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu ialah terjemahan yang tepat, benar dan betul dan terjemahan itu telah dibuat oleh orang itu atas kehendak Pendakwa Raya atau seseorang pegawai mana-mana agensi penguat kuasa.
(2) Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi sesuatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh Pendakwa Raya atau seseorang pegawai mana-mana agensi penguat kuasa di dalam atau di luar Malaysia.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).