Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 76
s 76 Proof of conviction and acquittal
(1) For the purposes of any proceedings under this Act, the fact that a person has been convicted or acquitted of an offence by or before any court in Malaysia or by a foreign court shall be admissible in evidence for the purpose of proving, where relevant to any issue in the proceedings, that he committed or did not commit that offence, whether or not he is a party to the proceedings, and where he was convicted whether he was so convicted upon plea of guilt or otherwise.
(2) The court shall accept the conviction referred to in subsection
(1) as conclusive unlessβ
(a) it is subject to review or appeal that has not yet been determined;
(b) it has been quashed or set aside; or
(c) the court is of the view that it is contrary to the interests of justice or the public interest to accept the conviction as conclusive.
(3) A person proved to have been convicted of an offence under this section shall be taken to have committed the act and to have possessed the state of mind, if any, which at law constitute that offence.
(4) Any conviction or acquittal admissible under this section may be provedβ
(a) in the case of a conviction or acquittal before a court in Malaysia, by a certificate of conviction or acquittal, signed by the Registrar of that court; or
(b) in the case of a conviction or acquittal before a foreign court, by a certificate or certified official record of proceedings issued by that foreign court and duly authenticated by the official seal of a Minister of that foreign State,
giving the substance and effect of the charge and of the conviction or acquittal.
Malay text (authoritative)
Bukti pensabitan dan pembebasan
(1) Bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, hakikat bahawa seseorang telah disabitkan atau dibebaskan bagi sesuatu kesalahan oleh atau di hadapan mana-mana mahkamah di Malaysia atau oleh suatu mahkamah asing hendaklah boleh diterima sebagai keterangan bagi maksud membuktikan, jika berkaitan dengan manamana isu dalam prosiding itu, bahawa dia telah melakukan atau tidak melakukan kesalahan itu, sama ada atau tidak dia menjadi suatu pihak kepada prosiding itu, dan jika dia telah disabitkan sama ada dia telah disabitkan sedemikian berdasarkan akuan bersalah atau selainnya.
(2) Mahkamah itu hendaklah menerima sabitan yang disebut dalam subseksyen (1) sebagai muktamad melainkan jikaβ
(a) sabitan itu tertakluk kepada semakan atau rayuan yang belum lagi ditentukan;
(b) sabitan itu telah dibatalkan atau diketepikan; atau
(c) mahkamah mempunyai pandangan bahawa bertentangan dengan kepentingan keadilan atau kepentingan awam untuk menerima sabitan itu sebagai muktamad.
(3) Seseorang yang dibuktikan telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah dianggap telah melakukan perbuatan itu dan telah mempunyai keadaan fikiran, jika ada, yang di bawah undang-undang membentuk kesalahan itu.
(4) Apa-apa pensabitan atau pembebasan yang boleh diterima di bawah seksyen ini boleh dibuktikanβ
(a) dalam hal sesuatu pensabitan atau pembebasan di hadapan suatu mahkamah di Malaysia, dengan suatu perakuan pensabitan atau pembebasan, yang ditandatangani oleh Pendaftar mahkamah itu; atau
(b) dalam hal suatu pensabitan atau pembebasan di hadapan suatu mahkamah asing, oleh suatu perakuan atau rekod rasmi yang diperakui yang dikeluarkan oleh mahkamah asing itu dan disahkan dengan sewajarnya dengan meterai rasmi seorang Menteri Negara asing itu,
yang memberikan isi hal dan kesan pertuduhan itu dan pensabitan atau pembebasan itu.
Read this section in the full act β Β· Open Part VII β
Find Act 613 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).