Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 8
Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 8
s 8 Provisions relating to the competent authority
(1) The Minister of Finance may, upon the recommendation of the competent authority, who shall consult the relevant supervisory authority of a reporting institution, by order published in the Gazette, invoke any or all of the provisions of Part IV in respect of that reporting institution.
(2) For the avoidance of doubt, it is declared that a competent authority may exercise its powers under this section in respect of reporting institutions carrying on any or all of the activities listed in the First Schedule, and shall—
(a) receive and analyse information and reports from any person, including reports issued by reporting institutions under section 14;
(b) send any report received under paragraph (a) or any information derived from any such report to an enforcement agency if it is satisfied or has reason to believe or suspect that a transaction involves proceeds of an unlawful activity or a serious offence is being, has been or is about to be committed; and
(c) send any information derived from an examination carried out under Part IV to an enforcement agency if it has reason to suspect that a transaction involves proceeds of an unlawful activity or a serious offence is being, has been or is about to be committed.
(3) The competent authority may—
(a) compile statistics and records;
(b) give instructions to a reporting institution in relation to any report or information received under section 14;
(c) make recommendations to the relevant supervisory authority, enforcement agency and reporting institutions arising out of any report or information received under subsection (2); and
(d) create training requirements and provide training for any reporting institutions in respect of their transactions and reporting and record-keeping obligations under Part IV.
Malay text (authoritative)
Peruntukan berhubung dengan pihak berkuasa berwibawa
(1) Menteri Kewangan boleh, atas syor pihak berkuasa berwibawa yang hendaklah berunding dengan pihak berkuasa pengawasan yang berkaitan bagi sesuatu institusi pelapor, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menggunakan mana-mana atau kesemua peruntukan Bahagian IV berkenaan dengan institusi pelapor itu.
(2) Bagi mengelakkan keraguan, diisytiharkan bahawa pihak berkuasa berwibawa boleh menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini berkenaan dengan institusi pelapor yang menjalankan manamana atau kesemua aktiviti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama dan hendaklah—
(a) menerima dan menganalisa maklumat dan laporan daripada mana-mana orang, termasuklah laporan yang dikeluarkan oleh institusi pelapor di bawah seksyen 14;
(b) menghantar mana-mana laporan yang diterima di bawah perenggan (a) atau mana-mana maklumat yang didapati daripada mana-mana laporan itu kepada agensi penguat kuasa jika ia berpuas hati atau mempunyai sebab untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa sesuatu transaksi melibatkan hasil daripada aktiviti haram atau suatu kesalahan berat sedang, telah atau akan dilakukan; dan
(c) menghantar apa-apa maklumat yang didapati daripada pemeriksaan yang dijalankan di bawah Bahagian IV kepada agensi penguat kuasa jika ia mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa sesuatu transaksi melibatkan hasil daripada aktiviti haram atau suatu kesalahan berat sedang, telah atau akan dilakukan.
(3) Pihak berkuasa berwibawa boleh—
(a) menyusun statistik dan rekod;
(b) memberikan arahan kepada sesuatu institusi pelapor berhubung dengan apa-apa laporan atau maklumat yang diterima di bawah seksyen 14;
(c) membuat syor kepada pihak berkuasa pengawasan, agensi penguat kuasa dan institusi pelapor yang berkaitan tentang perkara yang berbangkit daripada apa-apa laporan atau maklumat yang diterima di bawah subseksyen (2); dan
(d) mewujudkan keperluan latihan dan memberikan latihan untuk mana-mana institusi pelapor berkenaan dengan transaksi dan obligasi pelaporan dan penyimpanan rekod mereka di bawah Bahagian IV.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).