My bookmarksSign up free
← Companies Commission of Malaysia Act 2001

Companies Commission of Malaysia Act 2001 s 15

Companies Commission of Malaysia Act 2001 s 15

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 15 Disclosure of interest

(1) A member of the Commission or any committee who has or acquires a direct or indirect interest by himself, a member of his family or his associate in relation to any matter under discussion by the Commission or committee shall disclose to the Commission or committee, as the case may be, the fact of his interest and its nature. (2) A disclosure under subsection (1) shall be recorded in the minutes of the meeting of the Commission or committee, as the case may be, in which the matter is discussed and, after the disclosure, the member— (a) shall be disregarded for the purpose of constituting a quorum of the meeting of the Commission or committee, as the case may be; and (b) shall not take part in or be present during any discussion or decision of the Commission or committee, as the case may be, when the matter is discussed or decided upon. (3) Any member of the Commission or committee who fails to disclose his interest as required under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (4) No act or proceeding of the Commission or committee shall be invalidated on the ground that any member of the Commission or committee has contravened the provisions of this section. (5) For the purpose of this section— (a) “a member of his family”, in relation to a member of the Commission or a committee, includes— (i) his spouse; (ii) his parent (including a parent of his spouse); (iii) his child (including an adopted child or stepchild); (iv) his brother or sister (including a brother or sister of his spouse); and (v) a spouse of his child, brother and sister; and (b) “associate”, in relation to a member of the Commission or a committee, means— (i) any person who is a nominee or an employee of such member; (ii) any firm of which such member or any nominee of his is a partner; (iii) a partner of such member; (iv) a trustee of a trust under which such member or a member of his family is a beneficiary; or (v) any corporation within the meaning of the Companies Act 1965, of which such member or any nominee of his or a member of his family is a director or has a controlling interest or shares to the total value of not less than thirty percent of the total issued capital of the corporation.

Malay text (authoritative)

Penzahiran kepentingan

(1) Seseorang anggota Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasa yang mempunyai atau yang memperoleh kepentingan langsung atau tidak langsung dengan sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan mana-mana perkara yang sedang dibincangkan oleh Suruhanjaya atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat dan jenis kepentingannya itu. (2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu— (a) tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (b) tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam manamana perbincangan atau keputusan Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan. (3) Mana-mana anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya. (4) Tiada tindakan atau prosiding Suruhanjaya atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan seksyen ini. (5) Bagi maksud seksyen ini— (a) “anggota keluarga”, berhubung dengan seseorang anggota Suruhanjaya atau sesuatu jawatankuasa, termasuklah— (i) suami atau isterinya; (ii) ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya); (iii) anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri); (iv) adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan (v) suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan (b) “sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Suruhanjaya atau sesuatu jawatankuasa, ertinya— (i) mana-mana orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu; (ii) mana-mana firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya; (iii) pekongsi anggota itu; (iv) pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seseorang anggota keluarganya menjadi benefisiarinya; atau (v) mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat 1965, yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya menjadi pengarahnya atau mempunyai kepentingan kawalan atau syer yang jumlah nilainya tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah modal diterbitkan perbadanan itu.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 614 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next