Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 17 Functions of the Commission
The functions of the Commission shall be—
(a) to ensure that the provisions of this Act and the laws specified in the First Schedule are administered, enforced, given effect to, carried out and complied with;
(b) to act as agent of the Government and to provide services in administering, collecting and enforcing payment of prescribed fees or any other charges under the laws specified in the First Schedule;
NOTE— The Companies Act 1965 [Act 125] has been repealed by the Companies Act 2016 [Act 777] w.e.f. 31 January 2017.
(c) to regulate matters relating to corporations, companies and businesses in relation to the laws specified in the First Schedule;
(d) to encourage and promote proper conduct amongst directors, secretaries, managers and other officers of a corporation, and self-regulation by corporations, companies, businesses, industry groups and professional bodies in the corporate sector in order to ensure that all corporate and business activities are conducted in accordance with established norms of good corporate governance and to encourage and to promote corporate responsibility and business sustainability;
(e) to enhance and promote the supply of corporate information under any laws specified in the First Schedule and to create and develop a facility whereby any corporate information received by, or filed or lodged with, the Commission may be analyzed and supplied to the public;
(f) to carry out research and commission studies on any matter relating to corporate and business activities;
(g) to advise the Minister generally on matters relating to corporations, companies and businesses in relation to the laws specified in the First Schedule; and
(h) to carry out all such activities and do all such things as are necessary or advantageous and proper for the administration of the Commission, or for such other purpose as may be directed by the Minister.
Malay text (authoritative)
Fungsi Suruhanjaya
Fungsi Suruhanjaya adalah—
(a) untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama ditadbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi;
CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017.
(b) untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan untuk mengadakan perkhidmatan mentadbirkan, memungut dan menguatkuasakan pembayaran fi yang ditetapkan atau apaapa caj lain di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
(c) untuk mengawal selia perkara yang berhubungan dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
(d) untuk mendorong dan menggalakkan tatalaku yang sepatutnya di kalangan pengarah, setiausaha, pengurus dan pegawai lain sesuatu perbadanan, dan pengawalseliaan diri oleh perbadanan, syarikat, perniagaan, kumpulan perindustrian dan badan ikhtisas dalam sektor korporat demi untuk memastikan bahawa segala kegiatan korporat dan perniagaan dijalankan mengikut norma yang telah mantap mengenai pentadbiran korporat yang baik dan untuk merangsang dan untuk menggalakkan tanggungjawab korporat dan kemampanan perniagaan;
(e) untuk meningkatkan dan menggalakkan pembekalan maklumat korporat di bawah mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan untuk mewujudkan dan membangunkan suatu kemudahan yang dengannya apa-apa maklumat korporat yang diterima oleh, atau yang difailkan dengan atau yang dikemukakan kepada, Suruhanjaya dapat dianalisis dan dibekalkan kepada orang ramai;
(f) untuk menjalankan penyelidikan dan mengkomisikan kajian mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan kegiatan korporat dan perniagaan;
(g) untuk menasihati Menteri secara am mengenai perkara yang berhubungan dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; dan
(h) untuk menjalankan segala kegiatan dan melakukan segala perkara yang perlu atau bermanfaat dan patut bagi pentadbiran Suruhanjaya, atau bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).