Companies Commission of Malaysia Act 2001 s 18
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 18 Powers of the Commission
(1) The Commission shall have the power to do all things necessary or expedient for or in connection with the performance of its functions.
(2) Without prejudice to the generality of subsection (1), the powers of the Commission shall include power—
(a) to utilize all the property of the Commission, movable and immovable, in such manner as the Commission may think expedient including the raising of loans by mortgaging such property;
(b) to impose fees or charges for services rendered by the Commission as may be prescribed by the Minister by regulations made under section 40;
(c) to appoint such agents, experts or consultants as it deems fit to assist the Commission in the exercise of its functions;
(d) to grant loans to employees of the Commission for such purposes as may be approved by the Minister;
(e) to formulate and implement human resource development and funding and cooperation programmes for the proper and effective performance of its functions;
(ea) to formulate, conduct and implement educational and training programmes relating to the laws specified in the First Schedule;
(eb) to grant and renew licences under this Act or the laws specified in the First Schedule;
(f) to cooperate with any corporate body or government agency for the purpose of performing the Commission’s functions; and
(g) to do anything incidental to any of its functions and powers.
(3) The Commission shall have all such powers as may be necessary for or in connection with, or reasonably incidental to, the performance of its functions under the laws specified in the First Schedule.
(4) For the avoidance of doubt it is declared that the powers of the Commission shall not include the powers of the Chief Executive Officer as provided in the laws specified in the First Schedule.
Malay text (authoritative)
Kuasa Suruhanjaya
(1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Suruhanjaya hendaklah termasuk kuasa—
(a) untuk menggunakan segala harta Suruhanjaya, alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang didapati suai manfaat oleh Suruhanjaya termasuk mendapatkan pinjaman dengan menggadaijanjikan harta itu;
(b) untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 40;
(c) untuk melantik ejen, pakar atau perunding sebagaimana yang didapatinya patut untuk membantu Suruhanjaya dalam menjalankan fungsinya;
(d) untuk memberikan pinjaman kepada pekerja Suruhanjaya bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;
(e) untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan rancangan pembiayaan dan kerjasama bagi pelaksanaan fungsinya dengan sepatutnya dan berkesan;
(ea) untuk membuat, menjalankan dan melaksanakan program pendidikan dan latihan yang berhubungan dengan undangundang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
(eb) untuk memberikan dan membaharui lesen di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
(f) untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi Suruhanjaya; dan
(g) untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.
(3) Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi atau yang berkaitan dengan, atau yang dengan semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah undangundang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
(4) Bagi mengelakkan keraguan diisytiharkan bahawa kuasa Suruhanjaya tidaklah termasuk kuasa Ketua Pegawai Eksekutif sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 614 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).