Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 19 The Commission may establish committees
(1) The Commission may establish such committees as it considers necessary or expedient to assist it in the performance of its functions under this Act.
(2) Members of a committee established under subsection (1) may be appointed from amongst members of the Commission or such other persons as the Commission thinks fit.
(3) Persons who are disqualified from being members of the Commission under section 9 shall also be disqualified from being members of a committee.
(4) A member of a committee shall hold office for such term as may be specified in his letter of appointment and is eligible for reappointment.
(5) The Commission may revoke the appointment of any member of a committee without assigning any reason for the revocation.
(6) A member of a committee may resign by giving notice in writing to the Chairman.
(7) A committee established under this section may elect any of its members to be chairman and may regulate its own procedure, and in the exercise of its powers such committee shall be subject to and act in accordance with any direction given to the committee by the Commission.
(8) The members of a committee or any person invited to attend any meeting of a committee may be paid such allowances and other expenses as the Commission may determine.
(9) Meetings of a committee shall be held at such times and places as the chairman of the committee may, subject to subsection (7), determine.
Malay text (authoritative)
Suruhanjaya boleh menubuhkan jawatankuasa
(1) Suruhanjaya boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang didapatinya perlu atau suai manfaat untuk membantunya melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
(2) Anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Suruhanjaya atau mana-mana orang lain sebagaimana yang didapati patut oleh Suruhanjaya.
(3) Orang yang hilang kelayakan untuk menjadi anggota Suruhanjaya di bawah seksyen 9 adalah juga hilang kelayakan untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
(4) Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
(5) Suruhanjaya boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(6) Anggota sesuatu jawatankuasa boleh meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi.
(7) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh melantik mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri, dan pada menjalankan kuasanya jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Suruhanjaya.
(8) Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat boleh dibayar apaapa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(9) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa, tertakluk kepada subseksyen (7).
Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).