s 8 Admission of patient into psychiatric hospital
(1) Except as may be otherwise expressly provided in any other written law, no person shall be admitted into a psychiatric hospital otherwise than—
(a) upon the order of a medical officer or registered medical practitioner under section 14;
(b) as a voluntary patient;
(c) upon the order of a medical officer or registered medical practitioner under subsection 9(5) or 14(1) or 14(3);
(d) in accordance with section 10;
(e) by an order of Court under section 55 or 73;
(f) upon the order of the Court or the Public Prosecutor under section 342 of the Criminal Procedure Code [Act 593] or the Yang di-Pertuan Agong or the Ruler or Yang di-Pertua Negeri of a State under section 344 or 348 of the Criminal Procedure Code, or by the order of the relevant authority under corresponding provisions in any other written law; or
(g) on a transfer from another psychiatric hospital, or on return from leave, or on a reapprehension after being absent without leave.
(2) Nothing in this Act shall prohibit any voluntary patient from receiving care, treatment or rehabilitation in any other government hospital, or in any private hospital licensed under the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998.
Malay text (authoritative)
Kemasukan pesakit ke dalam hospital psikiatri
(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tiada seorang pun boleh dimasukkan ke dalam hospital psikiatri melainkan—
(a) atas arahan seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah seksyen 14;
(b) sebagai seorang pesakit sukarela;
(c) atas arahan seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah subseksyen 9(5) atau 14(1) atau 14(3);
(d) mengikut seksyen 10;
(e) dengan perintah Mahkamah di bawah seksyen 55 atau 73;
(f) atas perintah Mahkamah atau Pendakwa Raya di bawah seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] atau Yang di- Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri di bawah seksyen 344 atau 348 Kanun Tatacara Jenayah, atau dengan perintah pihak
berkuasa yang berkaitan di bawah peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain; atau
(g) kerana dipindahkan dari hospital psikiatri lain, atau semasa kembali dari bercuti, atau apabila ditahan semula selepas tidak hadir tanpa kebenaran.
(2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang mana-mana pesakit sukarela daripada menerima jagaan, rawatan atau pemulihan di mana-mana hospital kerajaan yang lain atau di mana-mana hospital swasta yang dilesenkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).