s 9 Admission of voluntary patient into psychiatric hospital
(1) A person may be admitted to a psychiatric hospital as a voluntary patient—
(a) upon his own request; or
(b) in the case of a minor, on an application in his behalf by his guardian to the Medical Director of the psychiatric hospital,
made in such form as may be prescribed.
(2) The Medical Director may refuse to admit a person as a voluntary patient if he is not satisfied that the person is likely to benefit from the care or treatment in the psychiatric hospital as a voluntary patient.
(3) A voluntary patient, or if the voluntary patient is a minor, his guardian, may give notice to the Medical Director requesting the discharge of the voluntary patient from the psychiatric hospital.
(4) Subject to an order made under subsection (5), a voluntary patient whose discharge has been requested under subsection
(3) shall not be kept in the psychiatric hospital for more than seventy-two hours from the date of the notice given under that subsection.
(5) The voluntary patient whose discharge has been requested under subsection (3) shall be examined by a medical officer or registered medical practitioner not involved in the management of the patient, and if the medical officer or registered medical practitioner is satisfied that—
(a) the patient is mentally disordered; and
(b) it is necessary for the health or safety of the patient or for the protection of other persons that he continues to receive further care and treatment in the psychiatric hospital,
the medical officer or registered medical practitioner shall make an order in the prescribed form signed by him for the further detention of the patient in the psychiatric hospital for a period not exceeding one month.
(6) The Medical Director may—
(a) grant leave of absence to any voluntary patient; or
(b) at any time discharge a voluntary patient if he is satisfied that—
(i) it is in the interest of the patient to discharge him; and
(ii) the patient is not in need of any further care and treatment in the psychiatric hospital.
Malay text (authoritative)
Kemasukan pesakit sukarela ke dalam hospital psikiatri
(1) Seseorang boleh dimasukkan ke dalam hospital psikiatri sebagai seorang pesakit sukarela—
(a) atas permintaannya sendiri; atau
(b) dalam hal seseorang yang belum dewasa, atas suatu permohonan bagi pihaknya oleh penjaganya kepada Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu,
yang dibuat dalam borang yang ditetapkan.
(2) Pengarah Perubatan boleh menolak kemasukan seseorang sebagai pesakit sukarela jika dia tidak berpuas hati bahawa orang itu mungkin mendapat faedah daripada jagaan dan rawatan di hospital psikiatri itu sebagai seorang pesakit sukarela.
(3) Seseorang pesakit sukarela, atau sekiranya pesakit sukarela itu belum dewasa, penjaganya boleh, memberikan notis kepada Pengarah Perubatan meminta pelepasan pesakit sukarela itu daripada hospital psikiatri itu.
(4) Tertakluk kepada perintah yang dibuat di bawah subseksyen (5),
seseorang pesakit sukarela yang pelepasannya telah diminta di bawah subseksyen (3) tidak boleh ditahan di dalam hospital psikiatri lebih daripada tujuh puluh dua jam dari tarikh notis diberikan di bawah subseksyen itu.
(5) Pesakit sukarela yang pelepasannya telah diminta di bawah subseksyen (3) hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang tidak terlibat dalam pengurusan pesakit itu, dan jika pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar itu berpuas hati bahawa—
(a) pesakit itu bercelaru mental; dan
(b) adalah perlu untuk kesihatan atau keselamatan pesakit itu atau untuk perlindungan orang lain dia terus menerima jagaan dan rawatan selanjutnya di hospital psikiatri itu,
pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar itu hendaklah membuat perintah dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani olehnya bagi penahanan lanjut pesakit itu di dalam hospital psikiatri itu bagi suatu tempoh yang tidak melebihi satu bulan.
(6) Pengarah Perubatan boleh—
(a) memberi kebenaran bercuti kepada mana-mana pesakit sukarela;
(b) pada bila-bila masa melepaskan seseorang pesakit sukarela jika dia berpuas hati bahawa—
(i) adalah untuk kepentingan pesakit itu dia dilepaskan; dan
(ii) pesakit itu tidak memerlukan apa-apa jagaan dan rawatan lanjut di dalam hospital psikiatri itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).