Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 s 11
Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 s 11
s 11 The Director General and Deputy Directors General
(1) The Minister shall appoint—
(a) a suitable person who has knowledge or experience in intellectual property or intellectual property related matters to be the Director General; and
(b) such number of persons as may be necessary to be the Deputy Directors General,
on such terms and conditions as the Minister may determine, for the proper administration of this Act and the Intellectual Property Legislation, and may revoke the appointment of any person so appointed without assigning any reason for the revocation.
(2) The Director General shall be responsible for the day-to-day administration of the Corporation.
(3) The Deputy Directors General shall be subject to the direction and control of the Director General and they may perform all the duties of the Director General under this Act and the Intellectual Property Legislation as may be specified by the Director General.
(4) In the event that the Director General is temporarily unable to perform his duties due to illness or any other cause, either of the Deputy Directors General may attend any meeting of the Corporation or any committee in his place.
Malay text (authoritative)
Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah
(1) Menteri hendaklah melantik—
(a) seorang yang sesuai yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman tentang harta intelek atau perkara yang berhubungan dengan harta intelek untuk menjadi Ketua Pengarah; dan
(b) apa-apa bilangan orang yang perlu untuk menjadi Timbalan Ketua Pengarah,
atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri, bagi pentadbiran sepatutnya Akta ini dan Perundangan Harta Intelek, dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(2) Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran harian Perbadanan.
(3) Timbalan Ketua Pengarah hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah itu boleh melaksanakan segala kewajipan Ketua Pengarah di bawah Akta ini dan Perundangan Harta Intelek sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(4) Sekiranya Ketua Pengarah tidak dapat melaksanakan kewajipannya buat sementara kerana sakit atau apa-apa sebab lain, salah seorang daripada Timbalan Ketua Pengarah itu boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Perbadanan atau mana-mana jawatankuasa sebagai penggantinya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).