My bookmarksSign up free
← Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002

Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 s 15

Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 s 15

s 15 Disclosure of interest

(1) A member of the Corporation or any committee established under section 19 who has or acquires a direct or indirect interest by himself, a member of his family or his associate in relation to any matter under discussion by the Corporation or committee shall disclose to the Corporation or committee, as the case may be, the fact of his interest and the nature of that interest. (2) A disclosure under subsection (1) shall be recorded in the minutes of the meeting of the Corporation or committee, as the case may be, in which the matter is discussed and, after the disclosure, the member— (a) shall be disregarded for the purpose of constituting a quorum of the meeting of the Corporation or committee, as the case may be; and (b) shall not take part in or be present during any discussion or decision of the Corporation or committee, as the case may be, when the matter is discussed or decided upon. (3) Any member of the Corporation or committee who fails to disclose his interest as provided under subsection (1) commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (4) No act or proceeding of the Corporation or committee shall be invalidated on the ground that any member of the Corporation or committee has contravened the provisions of this section. (5) For the purpose of this section— (a) “a member of his family”, in relation to a member of the Corporation or a committee, includes— (i) his spouse; (ii) his parent (including a parent of his spouse); (iii) his child (including an adopted child or stepchild); (iv) his brother or sister (including a brother or sister of his spouse); and (v) a spouse of his child, brother or sister; and (b) “associate”, in relation to a member of the Corporation or a committee, means— (i) any person who is a nominee or an employee of such member; (ii) any firm of which such member or any nominee of his is a partner; (iii) a partner of such member; (iv) a trustee of a trust under which such member or a member of his family is a beneficiary; or (v) any corporation, within the meaning of the Companies Act 1965 [Act 125], of which such member or any nominee of his or a member of his family is a director or has a controlling interest or shares to the total value of not less than thirty per cent of the total issued capital of the corporation.

Malay text (authoritative)

Penzahiran kepentingan

(1) Seseorang anggota Perbadanan atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 19 yang mempunyai atau yang memperoleh kepentingan langsung atau tidak langsung dengan sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan mana-mana perkara yang sedang dibincangkan oleh Perbadanan atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu. (2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu— (a) tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (b) tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam manamana perbincangan atau keputusan Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan. (3) Mana-mana anggota Perbadanan atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya. (4) Tiada tindakan atau prosiding Perbadanan atau jawatankuasa boleh ditaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Perbadanan atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini. (5) Bagi maksud seksyen ini— (a) “anggota keluarga”, berhubung dengan seseorang anggota Perbadanan atau jawatankuasa, termasuklah— (i) suami atau isterinya; (ii) ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya); (iii) anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri); (iv) adik beradiknya (termasuk adik beradik suami atau isterinya); dan (v) suami atau isteri anaknya atau adik beradiknya; dan (b) “sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Perbadanan atau jawatankuasa, ertinya— (i) mana-mana orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu; (ii) mana-mana firma yang anggota itu atau manamana penamanya merupakan seorang pekongsinya; (iii) pekongsi anggota itu; (iv) pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seseorang anggota keluarganya menjadi benefisiarinya; atau (v) mana-mana perbadanan, mengikut pengertian Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya menjadi pengarahnya atau mempunyai kepentingan kawalan atau syer yang jumlah nilainya tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah modal diterbitkan perbadanan itu.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 617 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next