My bookmarksSign up free
← Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002

Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 s 4

Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 s 4

s 4 Vesting provisions

(1) Subject to this Act, the Minister may, from time to time, by order published in the Gazette, appoint a vesting date and on such date all properties of the Government of Malaysia and all the rights or liabilities of the Government of Malaysia, the Registrar or the Controller specified by the Minister in such order shall, by virtue of this Act, be transferred to and vested in the Corporation without any conveyance, assignment or transfer. (2) Every property vested by virtue of subsection (1) in the Corporation shall be so vested in the Corporation for the like title, estate or interest and on the like tenure as the property was vested or held immediately before the vesting date. (3) Every chose-in-action vested by virtue of subsection (1) in the Corporation may, on and after the vesting date, be sued on, recovered or enforced by the Corporation in its own name and it shall not be necessary for the Corporation, the Government of Malaysia, the Registrar or the Controller to give notice to the person bound by the chose-in-action of the vesting effected under subsection (1). (4) Every right or liability vested by virtue of subsection (1) in the Corporation may, on and after the vesting date, be sued on, recovered or enforced by or against the Corporation in its own name and it shall not be necessary for the Corporation, the Government of Malaysia, the Registrar or the Controller to give notice to the person whose right or liability is affected by the vesting effected under subsection (1). (5) Any pending legal proceedings by or against the Government of Malaysia, the Registrar or the Controller which relate to any property, right or liability transferred to and vested in the Corporation by virtue of subsection (1) may, on and after the vesting date, be continued by or against the Corporation. (6) In the case of rights or liabilities arising under any loans which is vested in the Corporation on the vesting date, the Corporation may enter into such arrangements or agreements over such rights and liabilities with the Government of Malaysia or any third party. (7) On and after the vesting date, any agreement relating to any property, rights and liabilities transferred to and vested in the Corporation under subsection (1) to which the Government of Malaysia, the Registrar or the Controller was a party immediately before the vesting date, whether in writing or not, and whether or not of such a nature that rights and liabilities thereunder could be assigned by the Government of Malaysia, the Registrar or the Controller shall have effect as if the Corporation has been a party to the agreement.

Malay text (authoritative)

Peruntukan peletakhakan

(1) Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh letak hak dan pada tarikh itu segala harta Kerajaan Malaysia dan segala hak atau liabiliti Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan hakmilik. (2) Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Perbadanan hendaklah terletak hak sedemikian pada Perbadanan dengan hakmilik, harta atau kepentingan yang serupa dan pemegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh letak hak itu. (3) Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Perbadanan boleh, pada dan selepas tarikh letak hak itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Perbadanan, Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1). (4) Tiap-tiap hak atau liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Perbadanan boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Perbadanan, Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1). (5) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal berhubung dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, diteruskan oleh atau terhadap Perbadanan. (6) Dalam hal hak atau liabiliti yang berbangkit di bawah manamana pinjaman yang terletak hak pada Perbadanan pada tarikh letak hak, Perbadanan boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga yang lain mengenai hak dan liabiliti itu. (7) Pada dan selepas tarikh letak hak, mana-mana perjanjian berhubung dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan di bawah subseksyen (1) yang Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal menjadi pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh letak hak, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian jenisnya sehingga hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal, hendaklah berkuat kuasa seolaholah Perbadanan menjadi pihak kepada perjanjian itu.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 617 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next