My bookmarksSign up free
← Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002

Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 s 5

Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 s 5

s 5 Common seal

(1) The common seal of the Corporation shall bear such device as the Corporation may approve and such seal may, from time to time, be broken, changed, altered or made anew as the Corporation thinks fit. (2) Until a seal is provided by the Corporation, a stamp bearing the words “The Intellectual Property Corporation of Malaysia” may be used and shall be deemed to be the common seal of the Corporation. (3) The common seal shall be kept in the custody of the Chairman or any other person authorized by the Corporation and shall be authenticated by either the Chairman or by such authorized person or by any officer authorized by the Chairman in writing. (4) All deeds, documents and other instruments purporting to be sealed with the common seal and authenticated in accordance with subsection (3) shall, until the contrary is proved, be deemed to have been validly executed. (5) Notwithstanding subsection (4), any document or instrument which, if executed by a person who is not a body corporate, is not required to be under seal may in like manner be executed by the Corporation; and any such document or instrument may be executed on behalf of the Corporation by any member, employee or agent of the Corporation generally or specially authorized by the Corporation in that behalf. (6) The common seal of the Corporation shall be officially and judicially noticed.

Malay text (authoritative)

Meterai perbadanan

(1) Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dan meterai itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang Perbadanan fikirkan patut. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatu cap yang mengandungi perkataan “Perbadanan Harta Intelek Malaysia” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan bagi Perbadanan. (3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Perbadanan dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis. (4) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan yang disahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya. (5) Walau apa pun subseksyen (4), apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Perbadanan mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh mana-mana anggota, pekerja atau ejen Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Perbadanan bagi maksud itu. (6) Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 617 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next