My bookmarksSign up free
← Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002

Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002 s 23

Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002 s 23

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

s 23 Production order for criminal matters

(1) Where a request is made by the appropriate authority of a prescribed foreign State that any particular thing or description of a thing in Malaysia be produced for the purpose of any criminal matter in that prescribed foreign State, the Attorney General or a person duly appointed by him may apply to the court for an order under subsection (3). (2) An application for an order under subsection (3) in relation to any thing in the possession of a financial institution shall be made only to the High Court. (3) If, on such an application, the court is satisfied that the conditions referred to in subsection (4) are fulfilled, it may make an order that the person who appears to the court to be in possession of the thing to which the application relates shall— (a) produce the thing to an authorized officer for him to take away; or (b) give an authorized officer access to the thing, within seven days of the date of the order or such other period as the court considers appropriate. (4) The conditions referred to in subsection (3) are— (a) that there are reasonable grounds for suspecting that a specified person has committed or benefited from a foreign serious offence; (b) that there are reasonable grounds for believing that the thing to which the application relates— (i) is likely to be of substantial value, whether by itself or together with another thing, to the criminal matter in respect of which the application was made; and (ii) does not consist of or include items subject to legal privilege; and (c) that the court is satisfied that it is not contrary to the public interest or to any written law for the thing to be produced or access to it to be given. (5) The proceedings referred to in subsection (3) may be conducted in the presence or absence of the person to whom the criminal proceedings in the prescribed foreign State relates or of his legal representative, if any. (6) No person who is required by an order under this section to produce or make available any thing for the purposes of any criminal proceedings in a prescribed foreign State shall be required to produce any thing that the person could not be compelled to produce in the proceedings in that prescribed foreign State. (7) A duly certified foreign law immunity certificate is admissible in proceedings under this section as prima facie evidence of the matters stated in the certificate.

Malay text (authoritative)

(1) Jika suatu permintaan dibuat oleh pihak berkuasa yang berkenaan suatu Negara asing yang ditetapkan supaya apa-apa benda tertentu atau perihalan sesuatu benda di Malaysia dikemukakan bagi maksud mana-mana perkara jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu, Peguam Negara atau orang yang dilantik olehnya dengan sewajarnya boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan suatu perintah di bawah subseksyen (3). (2) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan perintah di bawah subseksyen (3) berhubung dengan apa-apa benda dalam milikan sesuatu institusi kewangan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi sahaja. (3) Jika, atas suatu permohonan sedemikian, mahkamah berpuas hati bahawa syarat-syarat yang disebut dalam subseksyen (4) telah dipenuhi, mahkamah boleh membuat perintah supaya orang yang didapati oleh mahkamah memiliki benda yang dengannya permohonan itu berkaitan hendaklah- (a) mengemukakan benda itu kepada pegawai diberi kuasa untuk dibawa pergi olehnya; atau (b) memberi pegawai diberi kuasa akses kepada benda itu, dalam masa tujuh hari dari tarikh perintah itu atau apa-apa tempoh lain yang didapati patut oleh mahkamah. (4) Syarat-syarat yang disebut dalam subseksyen (3) ialah- (a) bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa orang tertentu telah melakukan atau mendapat manfaat daripada suatu kesalahan berat asing; (b) bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa benda yang dengannya permohonan itu berkaitan- (i) berkemungkinan mempunyai nilai substansial, sama ada benda itu sendiri atau bersama dengan benda lain, kepada perkara jenayah yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat; dan (ii) tidak terdiri daripada atau termasuk butiran yang tertakluk kepada keistimewaan undang-undang; dan (c) bahawa mahkamah itu berpuas hati bahawa tidaklah bercanggah dengan kepentingan awam atau mana-mana undang-undang bertulis bagi benda itu dikemukakan atau akses kepadanya diberikan. (5) Prosiding yang disebut dalam subseksyen (3) boleh dijalankan dengan kehadiran atau tanpa kehadiran orang yang dengannya prosiding jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu berkaitan atau wakilnya di sisi undang-undang, jika ada. (6) Tiada seorang pun yang dikehendaki oleh suatu perintah di bawah seksyen ini supaya mengemukakan atau untuk menyediakan apa-apa benda bagi maksud mana-mana prosiding jenayah di sesuatu Negara asing yang ditetapkan boleh dikehendaki mengemukakan apa-apa benda yang orang itu tidak boleh dipaksa supaya mengemukakannya dalam prosiding di Negara asing yang ditetapkan itu. (7) Sesuatu perakuan kekebalan undang-undang asing yang diperakui dengan sewajarnya boleh diterima dalam prosiding di bawah seksyen ini sebagai keterangan prima facie tentang perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu. Peruntukan tambahan mengenai perintah pengemukaan

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 621 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next