Text recovered by OCR from a scanned copy β section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.
s 24 Supplementary provisions regarding production order
(1) Where a court orders a person under section 23 to give an authorized officer access to any thing on any premises, the court may, on the same or subsequent application of an authorized officer, order any person who appears to it to be entitled to grant entry to the premises to allow an authorized officer to enter the premises to obtain access to the thing.
(2) Where any material to which an order under section 23 relates consists of information contained in or accessible by means of any data equipmentβ
(a) an order under paragraph 23(3)(a) shall have effect as an order to produce the material in a form which can be taken away and which is visible, legible and comprehensible; and
(b) an order under paragraph 23(3)(b) shall have effect as an order to give access to the material in a form which is visible, legible and comprehensible.
(3) A person is not excused from producing or making available any thing by an order under section 23 on the ground thatβ
(a) the production or making available of the thing might tend to incriminate the person or make the person liable to a penalty; or
(b) the production or making available of the thing would be in breach of an obligation, whether imposed by law or otherwise, of the person not to disclose the existence of the contents of the thing.
(4) An order under section 23β
(a) shall not confer any right to the production of, or of access to, items subject to legal privilege; and
(b) shall have effect notwithstanding any obligations as to secrecy or other restrictions upon the disclosure of information imposed by law or otherwise.
(5) An authorized officer may photograph or make copies of any thing produced or to which access is granted pursuant to an order made under section 23.
(6) Where an authorized officer takes possession of any thing under an order made under section 23 or takes any photograph or makes any copy of the thing pursuant to subsection (5), he shall inform the Attorney General and shall, unless the Attorney General otherwise directs, immediately send the thing or the photograph or copy of the thing to the appropriate authority of the prescribed foreign State concerned.
(7) In this section, βdata equipmentβ means any equipment whichβ
(a) automatically processes information;
(b) automatically records or stores information;
(c) can be used to cause information to be automatically recorded, stored or otherwise processed on other equipment, wherever situated;
(d) can be used to retrieve information whether the information is recorded or stored in the equipment itself or in other equipment, wherever situated; or
(e) can be used to carry out any combination of the functions specified in paragraphs (a) to (d).
Malay text (authoritative)
(1) Jika suatu mahkamah memerintahkan seseorang di bawah seksyen 23 supaya memberi pegawai diberi kuasa akses kepada apa-apa benda di mana-mana premis, mahkamah boleh, berdasarkan permohonan yang sama atau yang kemudian oleh seseorang pegawai diberi kuasa, memerintahkan mana-mana orang yang didapatinya berhak untuk membenarkan premis itu dimasuki supaya membenarkan pegawai diberi kuasa masuk ke premis itu untuk mendapatkan akses kepada benda itu.
(2) Jika apa-apa bahan yang dengannya perintah di bawah seksyen 23 berkaitan mengandungi maklumat yang berkandung dalam atau yang boleh dicapai melalui apa-apa kelengkapan dataβ
(a) sesuatu perintah di bawah perenggan 23(3)(a) hendaklah mempunyai kuat kuasa sebagai suatu perintah supaya bahan itu dikemukakan dalam bentuk yang boleh dibawa pergi dan yang boleh dilihat, mudah dibaca dan boleh difahami; dan
(b) sesuatu perintah di bawah perenggan 23(3)(b) hendaklah mempunyai kuat kuasa sebagai suatu perintah supaya capaian diberikan kepada bahan itu dalam bentuk yang boleh dilihat, mudah dibaca dan boleh difahami.
(3) Seseorang itu tidak dikecualikan daripada mengemukakan atau menyediakan apa-apa benda oleh perintah di bawah seksyen 23 atas alasan bahawa-
(a) pengemukaan atau penyediaan benda itu mungkin akan menunjukkan orang itu bersalah atau membuat orang itu boleh dikenakan penalti; atau
(b) pengemukaan atau penyediaan benda itu akan menjadi pelanggaran suatu obligasi, sama ada yang dikenakan oleh undang-undang atau selainnya, oleh orang itu supaya tidak menzahirkan kewujudan isi kandungan benda itu.
(4) Suatu perintah di bawah seksyen 23-
(a) tidaklah memberikan apa-apa hak bagi pengemukaan, atau akses kepada, butiran yang tertakluk kepada keistimewaan undang-undang; dan
(b) hendaklah mempunyai kuat kuasa walaupun ada apa-apa obligasi tentang kerahsiaan atau sekatan lain ke atas penzahiran maklumat yang dikenakan oleh undang-undang atau selainnya.
(5) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh mengambil gambar atau membuat salinan apa-apa benda yang dikemukakan atau yang akses kepadanya diberikan menurut perintah yang dibuat di bawah seksyen 23.
(6) Jika seorang pegawai diberi kuasa mengambil milik apa-apa benda di bawah perintah yang dibuat di bawah seksyen 23 atau mengambil apa-apa gambar atau membuat apa-apa salinan benda itu menurut subseksyen (5), dia hendaklah memaklumkan Peguam Negara dan hendaklah, melaΔ±nkan jΔ±ka diarahkan selainnya oleh Peguam Negara, dengan segera menghantar benda atau gambar atau salinan benda itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan yang berkenaan.
(7) Dalam seksyen ini, "kelengkapan data" ertinya apa-apa kelengkapan yang-
(a) memproses maklumat secara automatik;
(b) merekodkan atau menyimpan maklumat secara automatik;
(c) boleh digunakan untuk menyebabkan supaya maklumat direkodkan, disimpan atau diproses selainnya secara automatik pada kelengkapan lain, di mana-mana jua terletak;
(d) boleh digunakan untuk mendapatkan kembali maklumat sama ada maklumat itu direkodkan atau disimpan dalam kelengkapan itu sendiri atau dalam kelengkapan lain, di mana-mana jua terletak; atau
(e) boleh digunakan untuk menjalankan mana-mana gabungan fungsi yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (d). Kekebalan kerana mematuhi perintah pengemukaan
Read this section in the full act β Β· Open Part III β
Find Act 621 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).