Text recovered by OCR from a scanned copy β section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.
s 34 Evidence in relation to proceedings and orders in prescribed foreign State
(1) For the purposes of sections 31 and 32 and the regulations made pursuant to section 44, a certificate purporting to be issued by or on behalf of the appropriate authority of a prescribed foreign State stating thatβ
(a) judicial proceedings have been instituted and have not been concluded, or that judicial proceedings are to be instituted, in that prescribed foreign State;
(b) a foreign forfeiture order is in force and is not subject to appeal;
(c) all or a certain amount of the sum payable under a foreign forfeiture order remains unpaid in that prescribed foreign State, or that other property recoverable under a foreign forfeiture order remains unrecovered in that prescribed foreign State;
(d) a person has been notified of any judicial proceedings in accordance with the law of that prescribed foreign State; or
(e) an order, however described, made by a court of that prescribed foreign State has the purpose ofβ
(i) recovering, forfeiting or confiscatingβ
(A) payments or other rewards received in connection with an offence against the law of that prescribed foreign State that is a foreign serious offence, or the value of the payments or rewards; or
(B) property derived or realized, directly or indirectly, from payments or other rewards received in connection with such an offence or the value of such property; or
(ii) forfeiting or destroying, or forfeiting or otherwise disposing of, any drugs or other substance in respect of which an offence against the corresponding drug law of that prescribed foreign State has been committed, or which was used in connection with the commission of such an offence,
shall, in any proceedings in a court, be received in evidence without further proof.
(2) In any such proceedings, a statement contained in a duly authenticated document, which purports to have been received in evidence or to be a copy of a document so received, or to set out or summarize evidence given in proceedings in a court in a prescribed foreign State, shall be admissible as evidence of any fact stated in the document.
(3) A document is duly authenticated for the purposes of subsection
(2) if it purports to be certified by any person in his capacity as a judge, magistrate or officer of the court in the prescribed foreign State, or by or on behalf of an appropriate authority of that prescribed foreign State.
(4) Nothing in this section shall prejudice the admissibility of any evidence, whether contained in any document or otherwise, which is admissible apart from by virtue of this section.
Malay text (authoritative)
(1) Bagi maksud seksyen 31 dan 32 dan peraturan-peraturan yang dibuat menurut seksyen 44, sesuatu perakuan yang berupa sebagai dikeluarkan oleh atau bagi pihak pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing yang ditetapkan yang menyatakan
(a) prosiding kehakiman telah dimulakan dan belum lagi selesai, atau bahawa prosiding kehakiman akan dimulakan, di Negara asing yang ditetapkan itu;
(b) suatu perintah pelucuthakan asing sedang berkuat kuasa dan tidak tertakluk kepada rayuan;
(c) segala atau suatu amaun tertentu jumlah wang yang kena dibayar di bawah suatu perintah pelucuthakan asing masih belum dibayar di Negara asing yang ditetapkan itu, atau bahawa harta lain yang boleh didapatkan di bawah suatu perintah pelucuthakan asing masih belum didapatkan di Negara asing yang ditetapkan itu;
(d) seseorang telah dimaklumkan tentang apa-apa prosiding kehakiman mengikut undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu; atau
(e) suatu perintah, bagaimana jua pun diperihalkan, yang dibuat oleh suatu mahkamah Negara asing yang ditetapkan itu mempunyai maksud untuk-
(i) mendapatkan, melucuthakkan atau merampas-
(A) bayaran atau ganjaran lain yang diterima berkaitan dengan suatu kesalahan terhadap undang-undang Negara asing yang ditetapkan
itu yang merupakan suatu kesalahan berat asing, atau nilai bayaran atau ganjaran itu;
(B) harta yang diperoleh atau direalisasikan, secara langsung atau tidak langsung, daripada bayaran atau ganjaran lain yang diterima berkaitan dengan suatu kesalahan sedemikian atau nilai harta sedemikian; atau
(ii) melucuthakkan memusnahkan, melucuthakkan atau melupuskan selainnya, apa-apa dadah atau barang lain yang berhubungan dengannya suatu kesalahan terhadap undang-undang dadah yang bersamaan Negara asing yang ditetapkan itu telah dilakukan, atau yang telah digunakan berkaitan dengan pelakuan suatu kesalahan sedemikian, hendaklah, dalam apa-apa prosiding di mahkamah, diterima sebagai keterangan tanpa bukti lanjut.
(2) Dalam apa-apa prosiding sedemikian, sesuatu pernyataan yang terkandung dalam dokumen yang disahkan dengan sewajarnya, yang berupa sebagai telah diterima dalam keterangan atau sebagai salinan dokumen yang diterima sedemikian, atau yang menyatakan atau meringkaskan keterangan yang diberikan dalam prosiding di sesuatu mahkamah di suatu Negara asing yang ditetapkan, boleh diterima sebagai keterangan tentang apa-apa fakta yang dinyatakan dalam dokumen itu.
(3) Sesuatu dokumen adalah disahkan dengan sewajarnya bagi maksud subseksyen (2) jika dokumen itu berupa sebagai telah diperakui oleh mana-mana orang atas sifatnya sebagai seorang hakim, majistret atau pegawai mahkamah di Negara asing yang ditetapkan itu, atau oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan kebolehterimaan apa-apa keterangan, sama ada yang terkandung dalam apa-apa dokumen atau selainnya, yang boleh diterima selain oleh sebab seksyen ini.
Read this section in the full act β Β· Open Part III β
Find Act 621 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).