s 97 Vesting provisions
(1) Subject to this Act, the Minister may, from time to time, by order published in the Gazette, appoint a vesting date and on such date all properties of the Government of Malaysia and all the rights or liabilities of the Government of Malaysia shall, by virtue of this Act, be transferred to and vested in the Corporation without any conveyance, assignment or transfer of title.
(2) Every property vested by virtue of subsection (1) in the Corporation shall so vest in the Corporation for the like title, estate or interest and on the like tenure as the property was vested or held immediately before the vesting date.
(3) Every right or liability vested by virtue of subsection (1) in the Corporation may, on and after the vesting date, be sued on, recovered or enforced by the Corporation in its own name and it shall not be necessary for the Corporation, the Government, or any person on behalf of the Government of Malaysia or the Corporation to give notice to the person bound by the right or liability of the vesting effected by virtue of subsection (1).
(4) Any pending legal proceedings by or against the Government or any officer of the Government which relate to any property, rights or liability transferred to and vested in the Corporation by virtue of subsection (1) may, on and after the vesting date, be continued by or against the Corporation.
(5) In the case of rights or liabilities arising under any loan, which is vested in the Corporation on the vesting date, the Corporation may enter into such arrangements or agreements over such rights and liabilities with the Government or any third party.
(6) On and after the vesting date, any arrangement or agreement relating to any property, rights and liabilities transferred to and vested in the Corporation under subsection (1) to which the
Government, or any officer of the Government was a party immediately before the vesting date, whether in writing or not, and whether or not of such a nature that rights and liabilities under the arrangement or agreement could be assigned by the Government, or the officer shall have effect as if the Corporation had been a party to the arrangement or agreement.
Malay text (authoritative)
Peruntukan peletakhakan
(1) Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu segala harta Kerajaan Malaysia dan segala hak atau liabiliti Kerajaan Malaysia hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan hakmilik.
(2) Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Perbadanan hendaklah terletak hak sedemikian pada Perbadanan bagi hakmilik, estet atau kepentingan yang sama dan pemegangan yang sama sebagaimana harta itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu.
(3) Tiap-tiap hak atau liabiliti yang terletak hak menurut subseksyen (1) pada Perbadanan boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan itu, dibawa guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh Perbadanan atas namanya sendiri dan adalah tidak perlu bagi Perbadanan, Kerajaan, atau mana-mana orang bagi pihak Kerajaan Malaysia atau Perbadanan memberikan notis kepada orang yang terikat oleh hak atau liabiliti akan peletakhakan yang dibuat menurut subseksyen (1).
(4) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan atau mana-mana pegawai Kerajaan yang berkaitan dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan menurut subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan itu, diteruskan oleh atau terhadap Perbadanan.
(5) Dalam hal hak atau liabiliti yang berbangkit di bawah manamana pinjaman yang terletak hak pada Perbadanan pada tarikh peletakhakan itu, Perbadanan boleh memasuki dalam apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti itu dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.
(6) Pada dan selepas tarikh peletakhakan, mana-mana perkiraan atau perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan di bawah subseksyen (1) yang kepadanya Kerajaan, atau manamana pegawai Kerajaan adalah menjadi suatu pihak sebaik sebelum tarikh peletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak hak dan liabiliti jenis sedemikiannya di bawah perkiraan atau perjanjian itu boleh diserahhakkan oleh Kerajaan, atau pegawai itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah Perbadanan menjadi pihak kepada perkiraan atau perjanjian itu.