s 26 Ultra vires transactions
(1) No act or purported act of a Langkawi company (including the entering into of an agreement by the company and including any act done on behalf of the company by an officer or agent of the company under any purported authority, whether express or implied, of the company) and no conveyance or transfer of property, whether real or personal, to or by a Langkawi company shall be invalid by reason only of the fact that the company was without capacity or power to do the act or purported act or to execute or take the conveyance or transfer.
(2) Any such lack of capacity or power may be asserted or relied upon only in—
(a) any proceedings against the Langkawi company by any member of the company or, where the company has issued debentures secured by a floating charge over all or any of the company’s property, by the holder of any of those debentures, or by a trustee for the holders of those debentures, to restrain the doing of any act or the conveyance or transfer of any property to or by the company;
(b) any proceedings by the company or by any member of the company against the present or former officers of the company; or
(c) any petition by the Minister to wind up the company.
(3) If the unauthorized act, conveyance or transfer sought to be restrained in any proceedings under paragraph (2)(a) is being or is to be performed or made pursuant to any contract to which the Langkawi company is a party, the Court may, if all the parties to the contract are parties to the proceedings and if the Court deems it to be just and equitable, set aside and restrain the performance of the contract and may allow to the company or to the other parties to the contract, as the case requires, compensation for the loss or damage sustained by either of them which may
result from the setting aside and restraining of the performance of the contract, but anticipated profits to be derived from the performance of the contract shall not be awarded by the Court as a loss or damage sustained.
Malay text (authoritative)
Transaksi ultra vires
(1) Tiada tindakan atau yang berupa tindakan bagi sesuatu syarikat Langkawi (termasuk membuat sesuatu perjanjian oleh syarikat itu dan termasuk apa-apa tindakan yang dilakukan bagi pihak syarikat itu oleh seseorang pegawai atau ejen syarikat itu di bawah apa-apa yang berupa autoriti, sama ada nyata atau tersirat, bagi syarikat itu) dan tiada apa-apa pemindahhakan atau
pemindahan hakmilik harta, sama ada harta tanah atau harta alih, kepada atau oleh suatu syarikat Langkawi boleh menjadi tidak sah hanya oleh sebab fakta bahawa syarikat itu tidak berkeupayaan atau berkuasa untuk melakukan tindakan atau yang berupa tindakan itu atau untuk menyempurnakan atau mengambil pemindahhakan atau pemindahan hakmilik itu.
(2) Apa-apa ketidakupayaan atau ketiadaan kuasa sedemikian boleh ditegaskan atau diharapkan hanya dalam—
(a) mana-mana prosiding terhadap syarikat Langkawi itu oleh mana-mana anggota syarikat itu atau, jika syarikat itu telah menerbitkan debentur yang dicagarkan oleh suatu gadaian terapung atas semua atau mana-mana harta syarikat itu, oleh pemegang mana-mana debentur itu, atau oleh pemegang amanah bagi pemegang debentur itu, untuk menahan perlakuan apa-apa tindakan atau pemindahhakan atau pemindahan hakmilik mana-mana harta kepada atau oleh syarikat itu;
(b) mana-mana prosiding oleh syarikat itu atau oleh manamana anggota syarikat itu terhadap pegawai sekarang atau yang dahulu syarikat itu; atau
(c) apa-apa petisyen oleh Menteri untuk menggulung syarikat itu.
(3) Jika tindakan, pemindahhakan atau pemindahan hakmilik yang tidak dibenarkan yang hendak ditahan dalam mana-mana prosiding di bawah perenggan (2)(a) sedang dilaksanakan atau dibuat atau hendak dilaksanakan atau dibuat menurut mana-mana kontrak yang kepadanya syarikat Langkawi itu menjadi suatu pihak, Mahkamah boleh, jika semua pihak kepada kontrak itu adalah pihak dalam prosiding itu dan jika disifatkan adil dan saksama oleh Mahkamah, mengetepikan dan menahan pelaksanaan kontrak itu dan boleh membenarkan kepada syarikat itu atau kepada pihak lain kepada kontrak itu, mengikut kehendak kes itu, pampasan bagi kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana daripada mereka yang boleh menjadi akibat daripada pengetepian dan penahanan pelaksanaan kontrak itu, tetapi keuntungan yang dijangkakan yang akan terbit daripada pelaksanaan kontrak itu tidak boleh diawardkan oleh Mahkamah sebagai suatu kerugian atau kerosakan yang ditanggung.