s 27 Name of Langkawi companies
(1) Except with the consent of the Minister, a Langkawi company shall not be registered by a name that, in the opinion of the Registrar, is undesirable or is a name, or includes a name, of a kind that the Registrar is not otherwise willing to accept for registration.
(2) A Langkawi company shall have—
(a) the word “Corporation” or the word “Incorporated” or the abbreviation “Corp.” or “Inc.”;
(b) the word “Limited” or the abbreviation “Ltd.”;
(c) the words “Public Limited Company” or the abbreviation “P.L.C.”;
(d) the words “Societe Anonyme” or “Sociedad Anonima” or the abbreviation “S.A.”;
(e) the words “Aktiengesellschaft” or the abbreviation “A.G.”;
(f) the words “Naamloze Vennootschap” or the abbreviation “N.V.”;
(g) the words “Perseroan Terbatas” or the abbreviation “P.T.”; or
(h) in romanized characters, any word or words in the national language of any country which connote a joint stock company limited by shares, or any abbreviation thereof,
as part of its name.
(3) A Langkawi company may have the word “(LGK)” as part of its name.
(4) Notwithstanding subsection (2), a Langkawi company may have as part of its name the word “Berhad” or the abbreviation
“Bhd.”, but where the word “Berhad” or the abbreviation “Bhd.” is used as part of the name of the Langkawi company, the Langkawi company shall in addition have the word “(LGK)” as part of its name.
(5) No description of a Langkawi company shall be deemed inadequate or incorrect by reason of the use of an abbreviation or abbreviations in place of any word or words referred to in subsection (2) and vice versa.
(6) A person may lodge with the Registrar an application in the prescribed form for the reservation of a name set out in the application as—
(a) the name of an intended Langkawi company; or
(b) the name to which a Langkawi company proposes to change its name.
(7) If the Registrar considers that the application is made bona fide and is satisfied that the proposed name is a name by which the intended Langkawi company or the Langkawi company could be registered without contravention of subsection (1), he shall reserve the proposed name for a period of three months from the date of the lodging of the application.
(8) During a period for which a name is reserved, no person (other than the Langkawi company or intended Langkawi company in respect of which the name is reserved) shall be registered under this Act or any other Act, whether originally or on a change of name, under the reserved name or under any other name that, in the opinion of the Registrar, so closely resembles the reserved name as to be likely to be mistaken for that name.
(9) The reservation of a name under this section in respect of an intended Langkawi company or a Langkawi company shall not in itself entitle the intended company or company to be registered by that name, either originally or on change of name.
Malay text (authoritative)
Nama syarikat Langkawi
(1) Kecuali dengan keizinan Menteri, sesuatu syarikat Langkawi tidak boleh didaftarkan dengan suatu nama yang, pada pendapat Pendaftar, adalah tidak diingini atau adalah suatu nama, atau termasuk suatu nama, daripada jenis yang Pendaftar tidak selainnya sanggup menerima bagi pendaftaran.
(2) Sesuatu syarikat Langkawi hendaklah mempunyai—
(a) perkataan “Corporation” atau perkataan “Incorporated” atau singkatan “Corp.” atau “Inc.”;
(b) perkataan “Limited” atau singkatan “Ltd.”;
(c) perkataan “Public Limited Company” atau singkatan “P.L.C.”;
(d) perkataan “Societe Anonyme” atau “Sociedad Anonima” atau singkatan “S.A.”;
(e) perkataan “Aktiengesellschaft” atau singkatan “A.G.”;
(f) perkataan “Naamloze Vennootschap” atau singkatan “N.V.”;
(g) perkataan “Perseroan Terbatas” atau singkatan “P.T.”; atau
(h) dalam huruf rumi, apa-apa perkataan atau perkataanperkataan dalam bahasa kebangsaan mana-mana negara yang bermaksud sesuatu syarikat saham bersama yang terhad mengikut syer, atau apa-apa singkatannya,
sebagai sebahagian daripada namanya.
(3) Sesuatu syarikat Langkawi boleh mempunyai perkataan “(LGK)” sebagai sebahagian daripada namanya.
(4) Walau apa pun subseksyen (2), sesuatu syarikat Langkawi boleh mempunyai perkataan “Berhad” atau singkatan “Bhd.” sebagai sebahagian daripada namanya, tetapi apabila perkataan “Berhad” atau singkatan “Bhd.” digunakan sebagai sebahagian daripada nama syarikat Langkawi itu, syarikat Langkawi itu hendaklah sebagai tambahan mempunyai perkataan “(LGK)” sebagai sebahagian daripada namanya.
(5) Tiada apa-apa perihalan mengenai sesuatu syarikat Langkawi boleh disifatkan sebagai tidak mencukupi atau tidak betul oleh sebab penggunaan suatu singkatan atau singkatan-singkatan sebagai menggantikan apa-apa perkataan atau perkataan-perkataan yang dirujuk dalam subseksyen (2) dan sebaliknya.
(6) Seseorang boleh menyerahkan kepada Pendaftar sesuatu permohonan dalam bentuk yang ditetapkan bagi penempahan sesuatu nama yang dinyatakan dalam permohonan itu sebagai—
(a) nama suatu syarikat Langkawi yang dicadangkan; atau
(b) nama yang kepadanya suatu syarikat Langkawi bercadang hendak menukarkan namanya.
(7) Jika Pendaftar berpendapat bahawa pemohonan itu dibuat secara bona fide dan berpuas hati bahawa nama yang dicadangkan itu ialah suatu nama yang dengannya syarikat Langkawi yang dicadangkan itu atau syarikat Langkawi itu boleh didaftarkan tanpa melanggar subseksyen (1), dia hendaklah menempahkan nama yang dicadangkan itu selama tempoh tiga bulan mulai dari tarikh permohonan itu diserahkan.
(8) Semasa tempoh yang suatu nama ditempahkan, tiada seorang pun (selain syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi yang dicadangkan yang berkenaan dengannya nama itu ditempahkan) boleh didaftarkan di bawah Akta ini atau mana-mana Akta lain, sama ada pada asalnya atau atas pertukaran nama, dengan nama yang ditempahkan itu atau dengan apa-apa nama lain yang, pada pendapat Pendaftar, begitu hampir menyerupai nama yang ditempahkan itu hingga mungkin menyebabkan kesilapan bagi nama itu.
(9) Penempahan sesuatu nama di bawah seksyen ini berkenaan dengan suatu syarikat Langkawi yang dicadangkan atau syarikat Langkawi tidak dengan sendirinya memberikan hak kepada syarikat yang dicadangkan atau syarikat itu untuk didaftarkan dengan nama itu, sama ada pada asalnya atau atas pertukaran nama.