Langkawi International Yachting Companies Act 2005 s 45
s 45 Rights of holders of preference shares to be set out in articles of association
(1) No Langkawi company shall allot a preference share, or convert an issued share into a preference share, unless there is set out in its articles of association the rights of the holder of such a share with respect to the repayment of capital, participation in surplus assets and profits, cumulative or non-cumulative dividends, voting and priority of payment of capital and dividend in relation to other shares or other classes of preference shares.
(2) The issue by a Langkawi company of preference shares ranking pari passu with existing preference shares issued by the company shall be deemed to be a variation of the rights attached to those existing preference shares unless the issue of the firstmentioned shares was authorized by the terms of issue of existing preference shares or by the articles of association in force at the time the existing preference shares were issued.
(3) If default is made in complying with this section, the Langkawi company and every officer of the company who is in default shall be guilty of an offence against this Act.
Malay text (authoritative)
Hak pemegang syer keutamaan hendaklah dinyatakan dalam perkara persatuan
(1) Tiada mana-mana syarikat Langkawi boleh mengumpukkan suatu syer keutamaan, atau menukarkan suatu syer terbitan kepada suatu syer keutamaan, melainkan jika dinyatakan dalam perkara persatuannya hak pemegang syer itu berkenaan dengan pembayaran balik modal, penyertaan dalam aset lebihan dan keuntungan, dividen kumulatif atau tidak kumulatif, pengundian dan keutamaan pembayaran modal dan dividen berhubung dengan syer lain atau kelas syer keutamaan yang lain.
(2) Penerbitan syer keutamaan oleh suatu syarikat Langkawi yang berperingkat pari passu dengan syer keutamaan yang sedia ada yang diterbitkan oleh syarikat itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perubahan hak yang berkembar dengan syer keutamaan yang sedia ada itu melainkan jika penerbitan syer yang mula-mula disebut itu dibenarkan oleh terma penerbitan syer keutamaan yang sedia ada atau oleh perkara persatuannya yang berkuat kuasa pada masa syer keutamaan yang sedia ada itu diterbitkan.
(3) Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat Langkawi itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Read this section in the full act β Β· Open Division 1 β
Find Act 643 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).